Selain memiliki sifat yang manja dan suka melenting atau terlampau sensitif, terdapat banyak lagi perkara sebenarnya yang kaum adam ni tidak tahu perihal sifat dan tabiat seorang wanita. Gitchew! Semua perkara yang akan dibicarakan ini nanti adalah perkara umum. Jadi, wahai lelaki sekalian, tak perlulah anda terkejut sangat kerana ibu anda pun mungkin terjebak dengan sifat-sifat yang berkenaan.
Tetapi, sebagai seorang lelaki, sememangnya mereka harus peka dan bersedia untuk berdepan dengan tabiat-tabiat si isteri. Dipetik daripada filem How I Met Your Mother, “If I’m marrying you, I’m marrying your problems too.” Nah, romantis bukan?
Apa dia 8 perkara yang bakal suami perlu tahu tentang perempuan? Jom kita lihat!
#1 Rambut
Secara dasarnya, keguguran rambut dan wanita tidak dapat dipisahkan. Nak nak lagi jika wanita itu bertudung dan berambut panjang, amboi kalau boleh rambut tu nak gugur sentiasa. Payah! Kadang-kadang perempuan itu sendiri pun tertekan apabila melihat rambutnya bersepah di atas lantai rumah, dalam bilik air dan kamar beradu, apa lagi perasaan orang lain kan? Jadi, para lelaki haruslah tahu, itu adalah perkara biasa. Ianya terjadi kepada semua wanita. Tak perlulah anda menyoal isteri anda berkenaan rambut gugur itu pula nanti. Kalau isteri kecil hati nanti siapa yang susah? Apa kata anda merajinkan diri untuk menyapu helaian rambut isteri anda. Bukannya susah sangat pun. Tonjolkan sifat gentleman anda! Barulah isteri kagum dan anda mungkin digelar Suami Perefct 10!
#2 Seluar Tidur Pasar Malam & Baju Kelawar
Hmm ralat rasanya untuk kita-kita ini mengeluarkan wang yang banyak hanya sekadar membeli pakaian tidur. Lagi selesa pakai baju kelawar dan seluar tidur RM10 pasar malam! Betul tak kaum hawa? Kalau betul sep sikit! Ya, janganlah si suami itu terlalu mengharapkan si isteri berpakaian tidur seperti dalam kebanyakan filem-filem barat pula. Kemain, nak isteri pakai satin slip dress ya? Kalau sekali sekala tak mengapa. Si isteri pun apa salahnya pakai yang cantik-cantik untuk suami. Tetapi lelaki harus terima bahawasanya, seluar tidur pasar malam dan baju kelawar tetap menjadi idaman hati para wanita! Terimalah baik buruk isteri anda! Mereka tetap yang terbaik!
#3 Bangun Tidur
Ha! Ni lagi satu, janganlah terlalu mengharapkan isteri anda untuk terus jadi seperti Kim Kardashian sejurus terjaga daripada lenanya. Mana ada perempuan normal yang memakai alat solek ketika tidur! Kalau ada pun mungkin dia itu bersifat diva dan terlalu obses nak kelihatan cantik sentiasa. Ehem, Kim Kardashian sendiri pun tidur tanpa make-up okay! Jadi, anda yang lelaki tu jangan lah terkejut pula kalau muka isteri anda pucat. Itu sebelum dia mandi dan bersiap. Pastinya ratu hati anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda. Tidak kisah bagaimana isteri anda kelihatan ketika bangun tidur, jangan lupa untuk berinya ‘morning kisses’. Itu adalah yang terbaik!
#4 Masak
Tidak semua wanita itu dikurniakan dengan kebolehan memasak secara handal. Setakat memasak telur kicap itu mungkin tiada masalah, tapi kalau dah hidangan ala barat atau apa sahaja masakan yang tidak biasa si dia makan atau masak, janganlah anda runsing pula. Anda harus kekal bersabar menjadi ‘orang eksperimen’ isteri anda dan beri masa pada si isteri anda untuk belajar memasak dengan sempurna. Jika termasin atau terkurang rasa tu, maafkanlah dia. Walau apa pun, cuba beri isteri anda pujian. Perempuan sukakan pujian! Anggap dia masih dalam proses pembelajaran menuju kearah gelaran isteri mithali. Nak lagi seronok, anda turut sama membantu isteri anda di dapur!
#5 Pre-Menstrual Sindrom (PMS)
Jika isteri marah-marah atau secara tiba-tiba bertukar menjadi singa betina, melenting tak tentu pasal pada anda, janganlah terlalu cepat anda membuat andaian bahawa isteri anda sedang datang bulan dan berada didalam mood PMS. Tidak munasabah sama sekali. Perempuan tidak mengalami PMS setiap hari. Ambil masa untuk relaks, biarkan isteri anda sejuk dan reda dahulu. Selepas itu, baru anda mulakan proses memujuk dan mengambil hati si dia. Ini pasti menenangkan kedua belah pihak. Jangan pula ada memekik terlolong pula pada si dia. Itu bagai simbah minyak ke api namanya. Perempuan memang cepat melenting, tetapi dalam masa yang sama, mereka cepat sejuk. Percayalah.
#6 Bantal Busuk
Hmm tidak dapat dinafikan lagi, zaman yang serba moden sekarang ini pun masih ada lagi jenis perempuan yang tidur sambil memintal bucu bantal peluk! Jangan ketawa, ini serius. Kadang-kadang kita sebagai manusia ini tidak boleh lari daripada tabiat-tabiat yang ketagih sebegitu. Ya lah, ada orang yang tak boleh tidur tanpa bantal busuknya. Bakal suami jangan lah marah pula ya, jika isteri anda tergolong diantara manusia yang masih tidur ditemani bantal busuk. Bertabahlah! Lama kelamaan, anda akan dapat menerima sifat dan tabiat isteri anda itu nanti. Ingat, jika anda mengahwini isteri anda, bermakna anda mengahwini masalah, tabiat, sifat dan personaliti isteri anda juga!
#7 Produk dan Kosmetik Yang Berlebihan
Wanita memang gemarkan kecantikan. Memiliki produk kesihatan dan kosmetik berlebihan itu adalah normal! Syampu sampai tiga botol termasuk rangkaian perapi. Pencuci muka ada dua tidak termasuktoner, scrub, moisturizer dan lain-lain. Sabun badan pula ada lima jenama berlainan. Semuanya memenuhi ruang kamar mandi! Eleh, tak perlu heranlah, memang wanita bersifat begitu. Apa yang dinyatakan di sini hanyalah yang paling asas BAGI SEORANG PEREMPUAN. Jangan merungut jika bilik mandi dan meja solek didominasi oleh si isteri. Ini adalah pengorbanan seorang suami. Nak jadi Suami Perfect 10 tak?
#8 Siapa Lagi Gemuk? Saya ke Perempuan Tu?
Ah sudah! Dia dah mula dah. Ini adalah salah satu perkara yang lelaki sangat-sangat akan tertekan. Ya, apabila si isteri cuba menyoal teka-teki yang mungkin ermm menjengkelkan. Tetapi sebenarnya, si isteri cuma mahukan pujian dan ingin rasa disayangi. Walaupun secara realitinya anda telah berkahwin dengan si dia, dia masih dahagakan apresiasi daripada anda. Hargai lah dia. Layankan sahaja soalan psiko isteri anda tu. Wanita memang suka banding-membanding antara satu sama lain. Pastinya bapa anda juga pernah diasak soalan sebegini oleh ibu anda. Sabar sajalah. Katakan sahaja yang dia adalah wanita bagaikan bidadari paling sempurna di atas muka bumi ini. Anda mencintai baik buruk dia dan oleh itu, anda mengahwininya. Tadaa!
Sediakan fizikal dan mental sebelum melangkah ke alam perkahwinan
demi kebhgiaan perlu banyak bertolak ansur ddgn pasangan kan...
BalasPadamSokong Kak Paridah.
PadamSama-sama perbaiki mana yg kurang dan hargai kelebihan yang ada.
ada lagi. kasut! bakal suami kena bertabah si isteri ada kasut lebih dari sepasang. mungkin 10 hahaha
BalasPadamHahaaa pasal kasut pun betul jugak..
PadamSalah satu kegemaran wanita tu, kumpul kasut bnyk2 tapi yang pakai nya sepasang dua je.
ahhaha.. yg gemuk tu best baca..
BalasPadamJemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2
Heheee...
PadamThanks kak EN singgah sini (=
ada la sifat kak ekin mcm kat atas hahahaha
BalasPadam