29 Oktober 2015

Aku nak rajin bukan malas

Assalamualaikum
Kalau diikutkan hari ni aku banyak giler kerja.. tapi macam tade hati lagi nak siapkan.. hurmmm macam nak tanggu dan tangguh je lagi tapi esok dah kena hantar.. alahaiii kusut masai pulak rasa hati ni.. bila fikir pasal kerja sekolah mesti hati jadi gundah gulana..bukan aku tak suka nak buat kerja tu tapi sekarang ni kemalasan terlampau kuasai diri.. mungkin sebab dah lama sangat melepak dalam kelas kowt..

Waktu aku sedang tulis entri ni.. hujan tiba-tiba turun.. guruh berdentum dentum.. langit pun dah gelap semacam.. aku tahulah, dah dekat nak maghrib.. tapi ni bukan gelap sebab nak malam tau.. ini gelap sebab nak hujan.. dekat sini, sekarang ni hampir setiap petang hujan.. oichhh kesejukan yang dirasai menusuk sampai ke tulang beb.. memang best kalau dapat tidur.. dah lah kipas siling berputar laju.. angin kencang giler kowt.. almaklumlah baru je bersihkan habuk-habusk kipas.. hehehee

waktu-waktu macam ni memang aku tade hati nak mengadap buku-buku.. bukan kata mengadap, nak tengok buku pun rasa macam taknak.. oichhh pemalas giler kowt aku sekarang ni.. tak sedar ke apa final exam dah dekat.. lagi sebulan wehhhh.. sedarlahhh.. rajinlahhh.. bangkitlahh.. kuatkan semangat.. lawan sikit rasa malas tu.. buang sifat malas tu.. tanamkan azam dalam diri.. ingat balik apa tujuan aku datang sini.. aku nak belajar.. aku nak berjaya.. aku nak konvo dengan pointer yang cantikk.. aku nak gembira dan bahagiakan hati mak dan ayah.. aku nak bahagiakan keluarga aku.. aku nak perkara-perkara yang positif..

Eh, cakap memanglah senang.. tapi yang menanggungnya aku.. yang menghadapnya aku.. semua aku bukan kau.. kau.. dan kau yang lalui.. tapi sememangnya aku patut sedar diri... aku ni student.. tak boleh hanyut dari dunia student.. kembali ke visi dan misi asal aku.. aku nak berjaya dalam pelajaran.. cewahhh.. hahaaaa.. apapun daripada aku merapu dekat sini better aku siapkan kerja sekolah.. kan.. hahaa lawan perasaan malas tu mesti aku muncul perasaan rajin.. yeyehhhhh.. semangat.. semangat.. semangat..


Previous Post
Next Post

post written by:

10 ulasan:

  1. carilah kerajinan tu...jangan ikut sangat badan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuuu..
      tu lah pasal kak..
      hancur bila diikutkan sngat hati tanpa berfikir

      Padam
  2. Balasan
    1. Bhahahaaa
      nak tak nak tetap jugak kene semangat

      Padam
  3. Aura possitif pergilah kepada Ms Kejupenyet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuikuikuiii...
      Ada plak mcm gitu erk sis :p

      Padam
  4. rajin2. hihi tapi kdg2 terkalah juga dengan hujan semua tuu huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhahahaaa..
      tahu xpew. Kekadang kecundang jugak

      Padam