28 Oktober 2015

Benci | TNB yang mengjengkalkan aku!


Sakit hati dengan TNB sebenarnya
Bengang pun ada jugak
Hurmmmm.. perhidmatan yang entah apa-apa
sorry lah pada mana-mana TNB yang terasa tu
yang aku nak story nie tentang TNB yang aku berurusan

Kalau diikutkan dua bijik lampu jalan depan rumah aku
tu dah hampir tiga bulan tak menyala
ROSAK!!! kau faham tak rosakkk!!
dah laa lampu jalan berbayar
bulan-bulan bayar kowt tapi perhidmatan macam apa entah
balik-balik tak menyala, balik-balik rosak

aduan kerosakan?
rasanya dah naik berbuih mulut aku buat aduan tapi macam hareeeem!
dah beberapa kali aku call 15454
bercakap dengan operetor bahagian kerosakan lampu jalan
katanya dalam masa 48 jam akan siap dibaiki
tapi batang hidung pun tak nampak
choiii! aku bengang sebab janji 48jam tu tak ditunaikan
aku benci penipu dan orang yang tak tepati janji
okay, aku masih boleh relek..

anggapan aku maybe TNB tu sibuk
maybe lagi sehari dua akan dibaikki
rupanya janji tinggal janji
janji dalam tong sampah
dalam tak sedar rupanya dah tiga bulan.

malam tadi ayah kesayangan aku ada call
ayah mintak tolong aku call TNB tu lagi sekali
giler kau tak terkejut aku.
aku ingatkan lampu jalan tu dah settle
rupanya tak settle-settle lagi
ayah cakap dah dua kali ayah pegi pejabat TNB bahagian Marang
siap bawak resit bayaran lampu jalan tu bulan-bulan lagi
janji dalam masa 8 jam akan dibaiki
tapi pundek! langsung tak nampak bayang

alahaiii panas menyirap pulak hati aku
usaha ayah aku macam sia-sia jae kowt.
aduan melalui telefon ak dipandang
sampaikan ayah terpaksa pergi pejabat TNB Marang bahagian kerosakan sendiri
tetap si TNB tu tak datang-datang jugak repair lampu tu
serius aku menyirap.

malam tadi ayah ada jugak mengadu
risau sebenarnya bila lampu tu tak menyala
bergelap je depan rumah
risau dekat mak dan adik-adik, kalau ayah balik kerja lewat malam
ya lah, rumah kami kan jauh sikit dari jiran tetangga
so kalau apa-apa yang berlaku siapa yang susah.
yang ada dekat rumah skrg ni
hanya ayah, mak dan dua orang adik aku yang masih sekolah
kalau ayah kerja, balik lewat malam tinggallah mak dengan adik-adik
aku, abang dan adik aku yang lagi seorang dah lah jauh
so sapa lagi yang boleh dipertanggungjawabkan

tadi aku call TNB 15454 lagi sekali
untuk sekian kalinya aku bercakap dengan operetar
dah naik muak sebenarnya aku call TNB ni
sebab isu dan masalah yang sama je
suara aku mula-mula coooll td tapi tetiba teremo plak
aku tanya selalu mmg dlm masa 48jam ke akan dibaiki kerosakan
operetar tu pun jawablah ye.
aku pun cakaplah,
ouh ye ke, tapi kenapa aduan saya dah hampir 3 bulan
dan langsung tade tindakbalas ye.
dah berpuluh-puluh kali saya call, buat aduan yg sama je,
ayah saya siap pergi pejabat TNB lagi tapi tetap sama jugak.
ni bukan 48jam dah siap makan bulan lagi.
ops! opereter tu maybe terkejut kowt tetiba kene sembur
panjang berjela aku meleter tadi tapi dia diam je.
dengar luahan kemarahan hati aku ni hah
last sekali opereter tu bagi no telefon TNB cawangan Marang.

aku call TNB cawangan Marang 09-6182810
dua tiga empat lima kali aku call
call yang ke enam baru angkat
dahlah suara tak ramah mesra
aku tanya ni TNB Marang bahagian kerosakan ke
bole plak dia jwb dengan kasar
tak, call no ni 09-6185887
tak sempat aku nak respon, dia dah letak
macam haremmmmm, dah laa salam aku tak dijawab!

aku call 09-6185887 TNB cawangan Marang bahagian kerosakan
berpuluh kali aku call tapi tak diangkat.
hampeh! Tak tahu mane pergi sume kakitangan TNB
takkkan sume sibuk repair kerosakan kowt
takkan tinggal office kosong kowt
ishhhh.. membara pulak hati aku

rasanya aku dah buat aduan disaluran yang betul
aku dah ikut step by step yang betul
tapi kenapa aduan aku masih tidak dapat disettlekan
siapa yang salah dalam hal ni
TNB ke aku yang salah???

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

7 ulasan:

  1. depa tnb ni mmg kadang ok kadang2 menyakitkan hati je

    BalasPadam
  2. memang macamtu call sepuluh belas kali baru nak angkat

    BalasPadam
  3. kata swasta, bukannya kerajaan. teruk betul servis.

    BalasPadam
  4. ade satu cadangan...sbb aritu penah g tnb caw marang tu buat aduan pasal silap name kt bill....tp dorang datang...carenye..g ke sane...pastu terus ke ofis die...jumpa CC kt situ.ofis die seblah yg kaunter tu je...lepas tu ptg dh setel dah....trylah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sme jgk jumpe cc pn.aritu 18/09/2016 bt aduan pasal bil bacaan 0 tp gune kadar sbenar.giler ap sbulan duk umah bcaan penggunaan elektrik 0.mari bil bln 9 pnggunaan 600kw.smngu kmudian g jump cc.x bt pape jgk.bleh cc tu tnye hok aner erk hok aner erk..br smngu kot.x kn dh x ingt y mne.samp skg(8/10/2016) diorg x baiki2 lg bil tu.bil bln 10 dh samp plak.dh ttunggak.mngu lpas kol.nk patah jari x berangkt��.

      Padam
    2. Sme jgk jumpe cc pn.aritu 18/09/2016 bt aduan pasal bil bacaan 0 tp gune kadar sbenar.giler ap sbulan duk umah bcaan penggunaan elektrik 0.mari bil bln 9 pnggunaan 600kw.smngu kmudian g jump cc.x bt pape jgk.bleh cc tu tnye hok aner erk hok aner erk..br smngu kot.x kn dh x ingt y mne.samp skg(8/10/2016) diorg x baiki2 lg bil tu.bil bln 10 dh samp plak.dh ttunggak.mngu lpas kol.nk patah jari x berangkt��.

      Padam