Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Punca sakit kepala dan cara mengatasinya


Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu. Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

1. Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

2. Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

3. Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

4. Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

5. Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

Cara atasinya :-

1. Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
atau boleh juga

2. Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

Credit : SINI

Semoga bermanfaat

2 ulasan

  1. Nice entry. Tp kalau sy, tidur tak cukup pun sakit kepala. Hihi. Nanti satu hari tu sakit kepala smpai ke petang. Masa tu mmg nak emooo jee rasa hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuu time tu nasib lah sapa yang kena tempias emo kan..
      Apapun jaga kesihatan ye. Pastikan tidur secukupnya

      Padam