Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Jerebu: Sekolah di beberapa negeri ditutup esok



KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur ditutup esok, berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Turut ditutup akibat masalah serupa adalah sekolah di daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Tanjung Malim di Perak serta daerah Kuala Muda dan Yan di Kedah.

Sekolah di daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Simunjan, Lubok Antu dan Samarahan di Sarawak turut ditutup esok. Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sebentar tadi.

Menurut kenyataan kementerian itu, penutupan itu bakal membabitkan seramai 1,734,668 pelajar daripada 2,528 sekolah.

"Jabatan Pendidikan negeri dan daerah bersama pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan.

"Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, pihak terbabit boleh mengambil tindakan penutupan seperti ditetapkan oleh kementerian," katanya.

Sementara itu semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan serta sekolah di daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor; Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah dibuka seperti biasa esok.

Credit : SINI

4 ulasan