Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Menghilangkan Misai Halus Pada Wajah Wanita

5 Cara Menghilangkan Misai Halus Pada Wajah Kaum Hawa

Percaya atau tidak, ada sesetengah wanita berdepan dengan masalah muncul misai halus @ kumis di wajahnya. Malah lagi teruk nampak sangat ketara dan ini boleh buat kaum wanita hilang keyakinan. Nak melawa pun akan hilang mood!

Apakata korang cuba 5 cara ini untuk hapuskan misai halus korang.


1. Serbuk Kunyit
Ambil dua camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campurkan keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas dengan air bersih. Tapi hati-hati, jangan sampai terkena pada bibir!


2. Tepung Kosong
Guna tepung biasa dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut. In shaa Allah masalah msai itu hilang perlahan-lahan.


3. Gula + Lemon
Cara ni bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.

Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.

Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).


4. Putih Telur
Ambil je telur kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.


5. Skrub Madu & Aprikot
Cara ini boleh menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit. Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah selesai bilas dengan air suam. Siap!


Jangan biarkan sebab masalah misai akan melarat dan buat penampilan anda nampak pelik dan kurang sempurna. Jangan biarkan sebab masalah misai akan melarat dan buat penampilan anda nampak pelik dan kurang sempurna. Cuba amalkan dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya. Anda akan perasan bulu hilang sedikit demi sedikit.

Usaha dulu dan tengok hasilnya!

4 ulasan