Rintihan hati
01 September 2017
Aku memandang sepi mentari yang kian hilang
Kemana mentari itu pergi
Hatiku tertanya tanya
Akalku tak mampu mencerna persoalan itu
Buat seketika aku terdiam kaku
Hidupku bakal dibayangi kegelapan
Kemana hala tuju aku
Dimana harus aku berteduh
Bagaimana hidup aku selepas ini
Persoalan demi persoalan tiada jawapan
Aku mengeluh kepenatan
Ku heret kaki melangkah ke barat
Mungkinkah disana ada sinar buatku
Mentari hilang tanpa aku sedari
Bulan tiba menghuni langit
Indah cahayanya buatku terpegun
Apakah akan terus menyinari
Perjalanan aku teruskan lagi
Rintik hujan menemani aku
Ku dongak ke langit mencari bulan
Sedih menyapa hati ini
Bulan pun pergi tinggalkan aku
Dalam hujan hatiku merintih
Kenapa mesti semuanya pergi
Semua yang aku sayangi hilang
Semua yang aku kasihi berlaku pergi
loading..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan