Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Info Fiqh Wanita | Antara Kerjaya Dan Rumahtangga

Dalam kajian psikologi secara saintifik, akhbar El-Youm yang diterbitkan di Kaheran pada 11 April 1997, menyiarkan perkara berikut.


  • Wanita di dunia menjawat sebahagian daripada jawatan tinggi. Tetapi sekiranya dibanci nisbah perbandingan lelaki dan wanita pada tugas-tugas ini, kita mendapati lelaki memonopoli kira-kira 90% daripadanya.
  • Ahli psikologi menyatakan, wanita tidak menjawat jawatan tinggi pada kadar menyamai nisbah lelaki, bukan disebabkan mereka ini tidak tekun ataupun kurang bijak, tetapi ada faktor-faktor lain yang memandu kehidupan dan tabiatnya; iaitu tuntutan menjalankan tugas-tugas rumahtangga. Ini yang didambarkan oleh setiap individu dalam keluarga.
  • Sekiranya wanita mengorbankan seluruh waktunya pada tugas, dia merasakan dirinya berdosa. Ini kerana ada kalanya rumah mereka tidak teratur, dengan itu, perasaan mereka menjadi tidak tenteram. Rumahlah tempat tinggal dan matlamat sebenar mereka, walau setinggi mana sekalipun jawatannya, rumahlah yang menaungi kerajaannya. Ia berlainan bagi lelaki.
  • Wanita berasa tidak tenang sekiranya meninggalkan anak dan suami tanpa makanan. Justeru itu, mereka lebih suka dirinya sendiri menguruskan rumahtangganya.
  • Wanita tidak mengimpikan kejayaan seperti mana kejayaan yang diimpika terhadap suami dan anak-anaknya. Malah dialah yang mencipta kejayaan untuk mereka. Ini tabiat yang lahir seiring dengan kewanitaannya. Tiada lagi awapan lain yang dapat mentafsirkan berkenaan tabiat wanita lebih daripada ini.
Manakala, Dr. Azizan Baharuddin menulis di dalam bukunya Martabat Wanita, Perbandingan dengan Dunia Luar, "Keluarga adalah sumber inspirasi wanita yang tidak mungkin putus sepanjang zaman (everlasting). Oleh itu, janganlah sampai keluarga itu kehilangan wanitanya."




Sumber : Sebuah novel tauhid karya Fatimah Syahra Mohd Noordin.

5 ulasan

  1. wanita tulang belakang kepada lelaki... walaupun ada dlm msy tga wanita lg dominasi berbanding lelaki, namun bila dlm rumah tangga wanita adalah penghuni dan ketua adlh lelaki

    BalasPadam
  2. Btul stuju. Bila abis waktu kerja.smbung plak kerja kat rumah. Xde istilah rehat sgt. Hee

    BalasPadam
  3. Bukan tu je, tapi boleh berbisnes lagi lpas waktu kerja untuk bg yang terbaik pada keluarga

    BalasPadam