Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Tiga Fasa Dalam Kehidupan Manusia


🌸🍃〰〰〰〰〰〰〰〰〰🌸🍃🌸🍃〰〰

*TIGA FASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA*

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga

Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

(Merasa Cukup dan Bersyukur dengan Kecukupan ini)

Yg hidup dikampung berasa nak ke bandar, yg dibandar pula ingin pulang ke kampung...

Bila hujan, kita tanya bila laa nak kemarau...
Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..

Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar  pula rasa ingin  pulang ke rumah...

Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut,  berasa nak kepada kesunyian...

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki ..

Kerana segala ini tidak berkekalan.....

Semoga bermanfaat


Tiada ulasan