Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kemalangan Motosikal Dalam Hujan

Kadang kala kita sudah terlalu berhati hati tapi disebabkan kecuaian orang lain kita yang menjadi mangsanya. Hurmm.. itulah yang aku alami petang semalam. Disebabkan kecuaian seorang pemandu kereta, aku yang kena tanggung kesakitan hingga ke hari ini.

Jujur cakap.. kekdang aku menyampah dengan sikap pemandu kereta di atas jalan raya. Bukan semua tapi sesetengah.. aku tahu lah kau berkereta.. mewah ke tidak itu kau punya pasal lah.. tapi sila lah hormat sikit kami yang bawa motosikal ni.. jangan kau selamba nak redah memotong ikut suka hati.. ingat sikit kami pun bayar cukai lah.. 
Sementara tunggu nama dipanggil sempat lagi posing seketul dua gambar. Sakit gila sebenarnya time ni tapi cuba brutalkan muka. Segan weh kalau diaorang tengok muka cengeng den. Huhuuu
Klinik Permata, Senawang

Kebetulan dapat doktor lelaki. Handsome tu memanglah tapi den tengah sakit time ni, tak sempat nak skodeng muka doktor tu lama-lama. Mula-mula ditanya, macam mana boleh jadi macam ni. Jatuh motor ke? Erkkkk.. sejujurnya den tak tahu nak jelaskan macam mana sebab den tak jatuh motor. Ada sakit dekat mana-mana lagi ke? Pistt.. den tak jatuh motor, okay. Den cuma.. entahlah. Den break mengejut sebab nak elok kereta depan yang tetiba memotong pastu break depan den. Rasanya kereta tu nak elak lompak air kowt. Mungkin disebabkan den break mengejut, jalan licin, guna plak break tangan jadi tayar belakang macam tak balance. Jagi den cuba imbang menggunakan kaki kanan lepas tu bawak motor macam biasa. Tengah bawak motor, den rasa kaki kanan macam ngilu. Bila pandang bawah, nampak darah, lepas tu sandal den pun dah takde. Kaki kanan dah berkaki ayam Tak tahu bila masa sandal tu tercicir. Maka den pun bawak motor slow-slow. Terus kan perjalanan sampai ke destinasi. Waktu tu berdoa banyak-banyak dalam hati, janganlah aku pitam time bawak motor ni. Janganlah jadi apa-apa pada aku time ni. Sebab den ni tak boleh tengok darah, nanti jadi gelap mata. mana lagi tempat yang den rasa sakit. 

Doktor cuci luka den tadi. Lepas tu ubat apa entah yang dia letak. Pedih yakmat weh. Terjerit jugak den tadi. Mengalir jugak air mata. Huhuuu macam nak gelepar je tanggung sakit cuci luka. Doktor tu cakap nak cucuk sejarum dekat bontot. Katanya kalau kemalangan, perlu cucuk ubat untuk mengelakkan dari kamcing gigi. Disebabkan den ni takut jarum, maka tiada cucukan. Sudahlah doktor lelaki, nak cucuk pulak dekat bontot, cucuk dengan jarum plak tu. Oichhh tidakkkk.. den tidak rela disuntikk ! Nasib baik doktor tu jenis tidak memaksa. Maka den selamat dari sebarang suntikan. Kihkihkihhh..

Siap dah cuci dan dressing. Hurm.. den punya sandal dah takde. Jadi terpaksalah pakai selipar kahwin. Itu pun selipar ehsan dari geng opis lama. Thanks gais bawak den pegi klinik. Thanks bawak den pusing satu senawang semata-mata nak cari selipar baru yang berkenan dihati den. Thanks jugak melayan kerenah gedik time den sakit. Thanks korang !
Den dapat dua jenis ubat dan sekeping sijil cuti sakit selama dua hari. Den dapat ubat tahan sakit dan ubat antibiotik. Selain tu den juga diberi ubat iodin kuning, kapas cuci dan pita pelekat. 


Take Note : Awak yang bawa kereta waktu hujan ataupun panas, beringatlah sikit pada kami yang bawa motosikal ni. Jalan raya tu kongsi lah sama-sama. Kami pun bayar cukai jalan tau. Motor kami pun ada roadtax tau. Nak memotong tu tengoklah dulu kiri kanan. Kalau ikut korang nak kejar masa, kami pun nak kejar masa jugak tapi beringatlah. Motorsikal ke, kereta ke, sama sahaja. Sila guna akal ketika anda berada diatas jalan raya. 


3 ulasan

  1. kes sama mcm anak sulung sis.. dia bawa sikal balik dr masjid solat jumaat.. pastu ada keta himpit dia ke tepi jalan smpai jatuh. Ibu jari kaki kanan juga yg luka. Bila tanya anak, keta tu benti tak? dia cakap tak.. kereta tu buat tak tahu dan pergi macam tu jer.. geram!!

    BalasPadam
  2. Ya Allah.. Get well soon ya! Sekarang ni memang ada mcm2 jenis manusia dkt jln raya tu. Kalau kita dah berhati-hati, tak tentu lagi org lain. Mungkin ada lagi yg jenis cuai dkt luar sana. huhu

    BalasPadam