Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Perbezaan Antara Wanita Dan Lelaki Dalam Islam

WANITA & LELAKI DALAM ISLAM

Wanita perlu taat kepada suaminya, setelah itu baru kepada bapa dan Ibunya.
Tapi tahukah, bahawa lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama dari pada kepada bapaknya.

Wanita menerima warisan sedikit berbanding lelaki.
Tapi tahukah bahwa harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak.
Tapi tahukah bahwa setiap saat wanita didoakan oleh segala umat, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH SWT di muka bumi ini. Serta jika ia mati kerana melahirkan adalah Syahid nescaya Syurga akan menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan 4 wanita, iaitu:

*1. Isterinya
*2. Ibunya
*3. Anak Perempuannya dan
*4. Saudara Perempuannya.

Ertinya bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, keempat-empat lelaki ini bertanggungjawab memastikan wanita tersebut mendapat asuhan agama yang sempurna, seandainya wanita tersebut dimasukkan kedalam neraka dia boleh menuntut dari keempat-empat lelaki tersebut dan menarik mereka sekali ke neraka iaitu :

*1. Suaminya
*2. Ayahnya
*3. Anak Lelakinya dan
*4. Saudara Lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui pintu Syurga yang mana saja yang disukainya.. dengan syarat :

*1. Solat 5 waktu
*2. Menutup Aurat
*3. Puasa di bulan Ramadhan
*4. Taat kepada Suaminya

Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..

Sebarkanlah tausyiah ini kepada saudara muslim semoga pahala mengalir kepada kita... Aamiiin Yaa Robbal Alamiin.

Di kirim khusus kepada wanita solehah agar sentiasa :

*_Bersabar saat tertekan
*_Tersenyum di saat hati menangis
*_Diam saat terhina
*_Mempesona kerana memaafkan
*_Mengasihi tanpa syarat
*_Bertambah kuat di dlm doa dan pengharapan..



Take Note : Salah seorang sahabat telah mengirimkan warkah diatas kepada saya. Ketika membaca, sungguh terkesan rasa dihati. Terbayang wajah mak, ayah dan adik-adik di ruangan mata. Sungguh diri ini terlalu kerdil dan banyak kelemahan. Banyak lagi perkara yang harus dipelajari dan diperbaiki dalam diri ini. Semoga warkah tersebut bermanfaat juga untuk anda semua, sahabat.


5 ulasan

  1. perkongsian yang sangat menarik

    BalasPadam
  2. mudahnya wanita nak masuk syurga..tapi dugaan nak diharungi membuatkan ramai wanita termasuk diri sendiri lalai & lupa..huwaaaaa...

    good sharing!

    BalasPadam
  3. Benar tu sis.. Wanita nk msk syurga jg 3 perkara sj... Taat pada Allah, rasul dan suami. Tp Allah kata kt neraka kebanyakannya wanita...

    BalasPadam