Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Fakta Kesihatan Mata

Macam mana nak jaga kesihatan mata ?

1. Senaman mata tidak akan memperbaiki atau menjaga mata dari penggunaan cermin mata. Ianya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti bentuk mata dan kesihatan tisu mata. 

2. Pencahayaan yang kurang tidak akan merosakkan pandangan mata anda. Tetapi membaca pada cahaya yang kurang akan sebabkan mata anda cepat letih. 

3. Lobak memang bagus untuk mata kerana mengandungi vitamin A. Tetapi buahan yang segar dan sayur sayuran mengandungi anti oxidan seperti Vitamin C dan E lebih baik daripada lobak. 

4. Jika anda perlukan cermin mata atau kanta lekap, pastikan anda menggunakannya. Bila anda tidak menggunakannya anda akan membuatkan mata anda lebih cepat penat. 

5. Menggunakan komputer tidak merosakkan mata anda. Tetapi ianya akan membuatkan mata anda letih dan kering. Apa yang anda perlu lakukan adalah berehat setiap 20 minit dan gunakan eyemo jika anda rasa mata anda kering. 

3 ulasan

  1. guna latop n handphoe cepat efek kat mata... akak pun sejak guna handphone mata dah naik power...

    BalasPadam
  2. cepat sakit mata kalau banyak sangat ngadap fon dan lappy. dah la yang jenis specky. huhu

    BalasPadam
  3. xsuka sgt pakai spec..dulu rajin pakai..tp rasa makan naik pulak power..huhu..last jarang pakai baru ok..mungkin hormon lepas bsalin tu mata xberapa nak ok.. bila nk tukar spec promoter tu tak bg sbb kena tggu baby 6bln bru bole tukar..last2 xtukar dah..

    BalasPadam