Apa itu ekzema?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.
Apa penyebab ekzema?
- Keturunan.
- Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
- Infeksi virus.
- Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
- Lain lain jangkitan.
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti:Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Sumber : Portal MyHealth
Take Note : Tadi aku google untuk mencari bahan bagi siapkan tugasan. Tetiba ternampak plak perkataan ekzema. Aku tertarik dan terus buka. Elak aku membaca ilmu yang berkaitan ekzema ni. Rasanya sebelum ni pernah dengan penyakit ekzema ni tapi tak ambil serius, tak peduli pun. Okay setelah selesai membaca artikal tu aku tetiba terfikir.
Adakah aku salah seorang yang ada ekzema. Kenapa? Sebab sebahagian dari simptom simptom tersebut ada pada aku. Sebelum ni aku pernahlah buat entry berkenaan tangan aku yang sensitif. Kejap-kejap luka, kejap kejap menggelupas, kejap-kejap menjadi kuping lepas tu mengeras dan luka. Bila dah sembuh jari tersebut, berlaku pulak ke jari yang lain. Bila jari lain sembuh berlaku pulak pada jari tu. Memang luka tu sembuh tapi berlakunya berulang kali. pedik kowt bila terkena air. Lagi pedih bila kulit yang menjadi kuping keras tu kita buang menggunakan ketip kuku.
Ibu jari jadi kering dan kuping kuping. Kekdang jadi pecah pecah ikut alur kulit. Fuhh yang tu paling sakit. Bila kena air, pedihnya hanya Allah yang tahu. Nak nangis pun ada |
Warna kuning tu sebab aku sapu iodin. Huhuu tak tahan sangat bila luka pastu pedih. Jadi aku sapu iodin dengan harapan luka tu cepat kering dan bertutup lalu sembuh. |
Baru hari ni aku terfikir, adakah aku ni ekzema?? Betul ke ekzema? Hurmmm.. sebelum ni aku tak pernah pulak pergi jumpa doktor, bertanya dengan lebih detail. Sebab bila aku plan nak pergi klinik je, mesti luka tu macam hampir sembuh. Pastu beberapa hari kemudian menjadi semula. Bergitulah kesudahannya hinggalah hari ni. Okay, baru hari ni aku terfikir, rasanya aku perlu pergi jumpa doktor jugak kowt.
Better awak pergi check kt klinik .
BalasPadambetter cek dkt klinik..atau cuba beli medic serum..ne salah satu terapi eczema.ramai da berpuashati dengan medic serum ne
BalasPadam