Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

9 cara Hilangkan Gatal Badan Dengan Pantas Dan Semulajadi

Amalkan 9 cara hilangkan gatal dengan hanya menggunakan bahan yang boleh dijumpai di dapur anda.



1. SODA PENAIK

Jadikan pes dengan mencampurkan satu sudu air bersama tiga sudu soda penaik. Sapu pada bahagian gatal. Lakukan setiap hari hingga rasa gatal hilang.


2. OATMEAL

Masukkan sedikit air ke dalam satu cawan oatmeal. Sapu pada bahagian yang gatal dan tutup dengan kain selama setengah jam. Kemudian bilas.


3. AIS

Balut ais dan lalukan pada bahagian yang gatal. Jika tiada ais, basahkan tuala dan tekapkan.


4. LEMON

Basahkan bebola kapas dalam jus lemon dan sapu pada tempat gatal. Biarkan ia kering dan bilas. Lakukan dua kali sekali.


5. CUKA EPAL

Sama seperti jus lemon, guna bebola kapas dan sapu pada tempat gatal.


6. GEL ALOE VERA

Sapu gel aloe vera pada bahagian yang gatal dan biarkan sehingga kering.



7. DAUN BASIL

Daun ini selalunya digunakan dalam masakan seperti spageti atau pizza.

Tumbuk sehingga lumat dan tekap pada tempat gatal. Lakukan sekerap mungkin.


8. DAUN THYME

Rebus satu sudu daun thyme dalam periuk. Tapis airnya kemudian basahkan kain pada air itu. Lap pada tempat yang gatal.


9. MINYAK PEPPERMINT

Tambahkan dua titis minyak ini pada minyak kelapa atau minyak zaitun dan sapu tempat yang gatal. Urut perlahan-lahan agar ia dapat menyerap ke dalam kulit.



BANYAK CARA HILANGKAN GATAL

Lain kali bila ada ruam atau gatal-gatal di badan, jangan melatah. Anda boleh guna bahan-bahan yang murah dan mudah didapati ini.

Tapi, kalau gatal-gatal melarat hingga menjadi kudis dan luka kenalah cepat-cepat berjumpa doktor.

Dikhuatiri ada jangkitan atau penyebab lain.

Sumber : kesihatan

3 ulasan

  1. Baru tahu no.1 tu boleh hilangkn gtal2 .ena wat skrub muka je. Muka bersih taw.. tp campur limau kasturi mmg pedihla ckit.hehe

    BalasPadam
  2. Saya sendiri pesakit Psoriasis selain jaga pemakanan saya turut amalkan Vitamin Sakit Kulit Psoriasis untuk bantu kawal Psoriasis saya

    BalasPadam
  3. Tahniah kerana tulisan ini dapat memaparkan sembilan petua bagaimana menghilangkan gatal pada badan di mana bahan-bahan tersebut mudah pula diperolehi.

    BalasPadam