PETUA KEKAL LANGSING
10 Tips Langsing Cepat dan mudahSebenarnya, mengurangkan berat badan bukannya mudah, tapi juga tidak mustahil. Dengan tips pelangsingan yang betul anda mungkin akan terkejut dengan hasilnya pada bentuk badan anda. Namun harus diingat, setiap usaha menurunkan berat badan haruslah mendapatkan nasihat dari doktor tidak kira apa jua program yang anda ikuti. Jika anda pasti anda sihat, maka boleh teruskan program diet anda.
TIP LANGSING # 1: KUASA AIR.
Kita biasa mendengar bahawa kita harus minum lapan hingga sepuluh gelas air sehari. Tapi apakah anda sedari bahawa dengan minum segelas air sebelum anda makan dapat mengurangkan nafsu makan anda? Hasilnya nanti anda akan sukar makan terlalu banyak kerana perut anda sudah penuh air.
TIP LANGSING #2: MINUM PETANG (green tea).
Tip ini mirip dengan yang pertama. Seringkali pada waktu malam, kita akan mula merasa lapar. Jika anda tunduk pada godaan ini, di situlah bermulanya masalah. Kerana apa sahaja yang anda makan di malam hari, menjadi penyebab tambahan berat badan kerana anda tiada masa untuk bekerja dan memproses jumlah kalori yang diambil. Jadi penyelesaian untuk mengatasi rasa lapar di malam hari adalah dengan meminum secawan teh hijau kegemaran anda di siang hari.
TIPS LANGSING #3: SEKAT KEINGINAN.
Telah terbukti bahawa jika anda berkeinginan besar untuk makan pizza atau aiskrim atau apa sahaja makanan berkalori di luar waktu makan harian anda,.. salah satu langkah terbaik adalah memberikan diri anda 15 minit untuk menolak isyarat lapar. Seringkali sebelum 15 minit berakhir, anda akan terkejut betapa perasaan “keinginan yang tak tertahankan” akan hilang.
TIP LANGSING #4: MAKAN LEBIH KERAP.
Dengan mengambil 5-6 hidangan sederhana kecil makanan sehari, kita akan mengarahkan kadar metabolisme untuk membakar kalori lebih cepat dari biasa berbanding jika anda makan tiga kali sehari.
TIP LANGSING #5: AMBIL HIDANGAN BESAR LEBIH AWAL.
Berapa ramai di antara kita yang mengambil hidangan besar di malam hari? Badan kita mempunyai masa yang terhad untuk memproses kadar kalori tinggi dari hidangan makanan besar yang kita ambil pada waktu malam. Kita tidak akan melakukan aktiviti fizikal yang banyak bada malam hari kerana biologi fizikal kita akan menurun pada waktu malam. Kadar kalori yang berlebihan ini akan berubah menjadi lemak. Tidakkah anda nampak makan hidangan malam lebih awal itu adalah lebih praktikal?
TIP LANGSING #6: SENAMAN PAGI.
Dengan bersenam pagi, sebaiknya sebelum sarapan, anda boleh mempercepatkan kadar metabolisme anda lebih cepat berbanding senaman di waktu petang.
TIP PELANGSING # 7: MAKAN MAKANAN YANG SEDAP JIKA BERJAYA TURUNKAN BERAT
Idealnya anda ingin mengikuti strategi ini selepas anda mengikuti diet ketat untuk beberapa waktu. Selepas anda berfikir anda telah berjaya, anda boleh memilih untuk memberikan diri anda hadiah makan satu atau dua hidangan besar sesekali sebagai hadiah kerana berjaya menurunkan berat badan. Ini akan menghidupkan waktu makan anda dan itu akan menjadi hadiah khusus untuk kerja keras yang anda lakukan. Ditambah ia juga akan membantu mencegah tekanan berdiet atau rasa bosan.
TIPS LANGSING #8:JANGAN BERHENTI MENCUBA.
Sangat penting untuk menyedari bahawa anda hanya manusia dan anda akan membuat kesalahan dengan program penurunan berat badan anda. Tetapi kerana anda membuat kesalahan bukan alasan untuk terus berhenti. Teruskan kembali usaha anda.
TIP LANGSING #9: SELALU BERSENAM.
Sangat penting untuk terlibat dalam beberapa bentuk latihan kekuatan dan latihan berasaskan cardio. Kekuatan latihan membina otot tanpa lemak, yang membakar kalori pada tahap yang lebih cepat. Dan cardio membantu dengan cepat membakar kelebihan kalori.
TIPS LANGSING # 10: JANGAN LAKUKAN SENAMAN KASAR/BERAT.
Jika anda seorang wanita tertarik untuk memiliki bentuk feminin bagus, maka berhati-hatilah tentang latihan kekuatan. Terlalu banyak, hanya akan membina otot di bawah lemak yang ada. Sesetengah wanita lebih mudah membentuk otot daripada yang lain. Dan setelah berminggu-minggu di gym dan diet akan mendedahkan mereka dengan bentuk fizikal yang lebih besar. Dalam hal ini, sangat penting untuk mengurangkan jumlah latihan kekuatan yang anda lakukan.
Petua minum air..
Caca BismiAllah, kemudian minum seteguk air dan ucap Alhamdulillah, minum seteguk lagi baca BismiAllah dan ucapkan Alhamdulillah hingga 3 teguk air. Insyallah, jin atau syaitan tak berani duduk dlm badan org yg amalkan minum air begini..Wallahu Ta'ala Aklam
Tq info. Lg 1 nk share klu makan pon jgn ulang air nnti buncit hehe..makan dulu minum kemudian .
BalasPadam