Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kursus Chargeman Part Time | Penjaga Jentera Elektrik A0 Separuh Masa

Kursus Penjaga Elektrik AO (Separuh Masa) 6 bulan (480 jam )

Berita baik untuk anda yang ingin sambung belajar secara separuh masa dalam bidang elektrik. 

Kursus Penjaga Elektrik AO (Separuh Masa) 6 bulan (480 jam )
Pertauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor


1. Yuran kursus
Yuran kursus adalah sebanyak RM 2900.00. Dibayar atas nama "Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang" secara Tunai, cek atau Wang Pos di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

2. Tempoh kursus
Kursus dijalankan secara 2 sesi  setiap tahun iaitu sesi 1 (Januari hingga Jun) dan sesi 2 (Julai hingga Disember). Kedua-dua sesi ini dijalankan selama 6 bulan setiap sesi. Jumlah jam adalah 480 jam.

3. Jadual kursus
  • - Selasa 6.00 petang hingga 10.30 malam
  • - Khamis 6.00 petang hingga 10.30 malam
  • - Sabtu 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  • - Ahad 8.30 pagi hingga 5.30 petang


4. Kandungan kursus
Pembelajaran ini dijalankan secara Teori dan Amali dalam subjek berikut :-
  • - Asas Elektrik
  • - Keselamatan Elektrik
  • - Akta Dan Peraturan 
  • - Alat Ukur Dan Alat Uji
  • - Pepasangan Pengguna
  • - Kabel
  • - Kabel Bawah Tanah
  • - Papan Suis Utama
  • - Motor dan Kawalan
  • - Transformer
  • - Sistem Lampu Jalan


5. Permohonan
Dengan cara mengisi borang permohonan kursus separuh masa dan borang peperiksaan Suruhanjaya Tenaga ST(PE) Pind. 4/2007 dengan lengkap dan menghantar terus ke IKTBN Sepang bersama buku log pengalaman kerja mengikut standart Suruhanjaya Tenaga 1 bulan sebelum setiap sesi bermula. Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk pendaftaran. Borang permohonan, borang peperiksaan ST(PE) Pind .4/2007 dan format buku log boleh didapati di IKTBN Sepang di Makmal Elektrik Blok M2.

  • Sesi 1/2018 kelas bermula pada 06 JANUARI 2018. Pendaftaran akan dibuat pada 23 DISEMBER 2017.


6. Syarat-syarat kemasukan
  • - Bahawa anda adalah seorang warganegara Malaysia
  • - Berumur tidak kurang dari 20 Tahun
  • - Sekurang-kurang taman tingkatan 5 Sekolah Bantuan penuh Kerajaan @ SPM.
  • - Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan
  • - Pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam persekitaran dimana terdapat     pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup.
  • - Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja dalam persekitaran dimana dapat mengendalikan kelengkapan elektrik dan kerja-kerja mengawal kelengkapan hidup bagi tempoh 3 tahun yang telah disahkan oleh orang kompeten dan majikan.



12 ulasan

  1. yg berlelayakan dan berminat boleh mohon...

    BalasPadam
  2. buku log ak ado cano ni....blehh ko tu

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum sy kje sbgai tech lift maintenance 2.5 tahun
    Dan ade sjil skm thap 2 mechatronic ,

    Skrg sy berminat untuk dpt kn chargeman .
    Boleh bg tahu proses 0172247146

    BalasPadam
  4. kalau saya ingin memohon macam mana saya baru habis spm

    BalasPadam
  5. Saya ade sijil diploma electrical.saya nak mohon .saya boleh lompat pergi A1 tak?

    BalasPadam
  6. Says berminat untuk mengikuti kursus Dan saya juga mempunyai sijil pw4,,tapi saya tidak faham bagaimana nk membuat permohonan untuk mengikuti kursus tersebut..Mohon Di Bantu.

    BalasPadam
  7. saya berminat nah buat chargeman AO minta bagi keterangan dan call saya 0102344027 Phil

    BalasPadam
  8. Saya ade sijil kompeten PW4 dan saya berminat untuk sambung AO chargeman part time, macam mana cara untuk saya memohon dan keterangan tentang modul. WhatsApp atau call saya pada 0196007181 Shahizan

    BalasPadam
  9. kita nk masuk ngaji tp xtahu nk apply mano..kita ad pw2 nk sambung a1 harap boleh tlong ap2 call or wsap no 01129444932 amir

    BalasPadam
  10. Sy nk sambung belajar kursus chargman Ao . Sy bekerje sebagai technician . Dah kerje lebih 7 tahun . Ade siji s.k.m electrical tapi spm tak amik . Boleh bagi penjelasan untuk sy melanjut kan

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum, boleh saya tahu step yg betul setelah grad ijazah dalam bidang lektrik (kuasa) untuk saya ambik lesen dalam bidang elektrik. adakah saya perlu kerja terlebih dahulu atau boleh terus boleh ambil kursus untuk apa apa lesen ?

    BalasPadam