TIPS NAIKKAN MOOD KERJA DENGAN WARNA AURA HARIAN
Rupanya wujud juga ilmu ini, iaitu warna aura harian. Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology (“Hukum Kronologi Berulang” yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), setiap hari membawa sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Vibration visual light ni biasanya dikaitkan dengan gelombang warna.Banyak juga contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang dominan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk human psychology. Ia boleh diaplikasikan dari sudut memakai warna pakaian termasuk tudung yang sama dengan gelombang warna hari tersebut.
1) –Isnin, Warna Putih
Isnin sering dikaitkan dengan Monday blues. Walhal ikutkan, hari Isnin la yang paling sesuai untuk cetuskan idea baru, peroleh azam baru dan hari terbaik untuk selesaikan segala masalah yang tertunggak. Ia dikatakan hari yang kreatif dan efisyen. Maka, digalakkan pakai warna putih untuk rangsang semangat.
2)Selasa, Warna Pink Atau Ungu
Warna harian ini merupakan warna kasih sayang, hari yang sesuai untuk meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Dengan berpakaian pink atau ungu, kuasa pujukan terhadap anak, pelajar, sahabat, rakan sekerja atau keluarga lebih berpengaruh. Andai mahu minta pertolongan atau hadiah, minta saja dengan mereka pada hari ini.
3) Rabu, Warna Biru
Jika ada yang meeting atau mahu jumpa klien hari Rabu, disarankan pakai tudung berwarna biru yang dapat mewujudkan kepercayaan dalam komunikasi. Rabu adalah hari komunikasi yang berkesan. Sebab itu ia hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat dan sebagainya.
4) Khamis, Warna Kuning
Hari khamis dikaitkan dengan mood bekerja pun makin turun dan orang tertunggu-tunggu hari Jumaat disebabkan esok harinya cuti. Jadi, ikut kajian memakai pakaian berwarna kuning mampu cetuskan semangat dan keceriaan untuk teruskan pekerjaan.
5)Jumaat, Warna Hijau
Sering dikaitkan dengan ketenangan memandangkan hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Justeru, pakai tudung berwarna hijau membantu untuk diri kekal tenang dan damai sepanjang hari.
Sumber : Jelita
*Sampai jumaat jela tipsnye..Ahad mne yg kerja tu warna pelangi agaknye.
aira kalau hari rabu memang pakai biru, lagi2 kalau ada presentation. hehe memang berkesan!
BalasPadambagus ni.. SA suka aura aura ni. Dapat naikkan keyakinan kita
BalasPadamHari ni abe kie pakai baju pink la!
BalasPadambgs juga ni... ada kawan duk citer pasal ni juga... rasanya kena try ni...
BalasPadamAhad warna apa...
BalasPadam