02 September 2017

Resepi Kek Marble Lembut


Resepi Kek Marble Lembut

Kek Marble Lembut.

Bahan-bahan:

▶250 gm buttter
(Guna Buttercup boleh, planta pun boleh.)
▶250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
▶220 gm gula kaster
▶4 biji telor gred A
(kalau gred B 5 biji)
▶1 sudu besar ovelette
▶1 sudu besar esen vanilla
▶3 sudu besar susu segar
▶2 sudu besar serbuk koko
(bancuh dengan sedikit air panas )

Cara-cara:

✔1. Putar butter dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
✔2. Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.
✔3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, selang seli dengan susu segar, putar sampai adunan semua sebati.
✔4. Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan warna kuning atau warna kesukaan.
✔5. Manakala untuk bahagian coklat masukkan bancuhan koko tadi.
✔6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
✔7. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak, terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.

SELAMAT MENCUBA GAIS 😉



Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

0 Pengkritik: