Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

7 Cara Yang Membantu Anda Tidur Dengan Lena

Kekejap pusing kiri, sekejap pusing kanan. Bilalah mata ni nak terpejam lena? Kalau anda selalu mengalami keadaan seperti ini, apa kata cuba 7 ‘tricks’ yang boleh menjadikan anda mengantuk dan terlena dalam masa beberapa minit sahaja!


1. JANGAN TERLAMPAU MENCUBA
Pernah tak rasa macam kadang-kadang kita terlampau mencuba nak bagi mata terpejam? Buatlah macam mana pun, tak boleh juga tidur. Rupanya, cara anda ini adalah salah. Lagi anda mencuba untuk tidur, lagilah anda akan susah untuk terlena. Ingatkan diri anda bahawa tidur ini sama seperti lapar dan ia adalah proses secara semulajadi badan kita. Oleh itu, latih diri supaya terbiasa dengan jadual tidur yang tetap dan kerap bersenam.


2. TUTUP LAMPU
Selagi lampu tak dipadamkan, selagi itulah kita tak tidur. Menurut kajian, tidur dalam keadaan gelap adalah lebih berkualiti dari tidur dalam keadaan terang. Ada juga situasi dimana kita sudah tak perlukan lagi jam penggera kerana tubuh badan kita sudah terbiasa dengan waktu tidur. Kalau bilik kita ada tingkap dimana cahaya mudah masuk, secara automatik kita akan terjaga dari tidur. Oleh itu, sesiapa yang takut tidur dalam bilik gelap tu, jangan pula buka lampu terang-terang okay.


3. MANDI DENGAN AIR PANAS
Mungkin ramai yang pernah dengar bahawa mandi dengan air panas dapat membantu untuk anda mendapatkan tidur yang lena kan?. Ya! Tepat sekali! Mandi dengan air panas dapat membantu anda untuk merelaksakan minda dan hormon. Jadi, buat anda yang selalu sibuk dengan kerja tu, apa kata cuba untuk mandi dengan air panas dua kali seminggu. Bila dah jadikan sebagai amalan, mesti tidur lena lah selepas ini. Bukan tidur saja lena, kulit pun makin cantik!


4. PAKAI STOKIN
Bukan semua orang suka pakai stokin ketika tidur kerana rasa rimas. Tetapi sebenarnya, buat anda yang sukar mendapatkan tidur yang lena tu, boleh cuba untuk memakai stokin ketika tidur. Kaki yang tidak terdedah dengan sejuk dan sentiasa panas memang akan menjadikan tidur anda lebih lena. Selain itu, tidur dengan memakai stokin juga akan melancarkan sistem perjalanan darah dalam badan kita. Tumit kaki pun akan kurang merekah bila tidur memakai stokin .


5. BERANGAN
Haa, ini mungkin ramai yang suka buat. Tapi janganlah pula berangan sampai tak tidur ke pagi. Konteks berangan di sini adalah kita memenangkan minda. Mungkin ada yang berangan nak pergi melancong ke atau nak pergi membeli-belah sebelum tidur pun boleh juga. Ini akan membantu anda untuk menenangkan minda dan badan dan secara tidak sedar, anda dah terjaga pada waktu pagi. Kalau tak, susah sangat nak tidur .


6. BACA BUKU
Selain berangan, cara lain untuk memudahkan kita cepat mengantuk dan tidur adalah dengan membaca buku. Janganlah pula anda membaca bahan bacaan yang berat. Sebaliknya, baca bahan bacaan yang ringan seperti komik dn majalah.


7. MATIKAN TELEFON BIMBIT
Sebelum tidur lah nak tengok kembali segala perkembangan dalam sosial media kan? Sampai lewat malam pun tak tidur lagi. Selain itu, waktu kita tengah tidur pun akan ada lagi orang yang akan call kita sampai terganggu konsentrasi semasa tidur. Oleh itu, cara nak elakkan situasi seperti ini adalah dengan matikan telefon bimbit sejurus sahaja kita berada di atas katil. Boleh kalau nak tengok sosial media tetapi hadkan masa dalam 15-20 minit sahaja dan selepas itu, matikan telefon bimbit.

Sumber : Kesihatan



Take Note : Kalau Mr Bean dia kira kambing dalam gambar. Entah betul jadi ke tak. Boleh juga cuba minum susu panas sebelum tidur (ini sunnah Nabi S.A.W) atau boleh juga hot chocolate. Itu berdasarkan pengalaman sendiri. Memang membantu jika susah nak tidur.
















Tiada ulasan