Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Resepi Kerepek Bayam


Resepi Kerepek Bayam

KEREPEK BAYAM

Bahan-Bahan

▶500 gm sayur bayam (ambil daun sahaja)
▶100 gm tepung beras
▶2 ulas bawang putih (dikisar halus)
▶1 sudu teh udang kering (dikisar halus)
▶1 sudu teh jintan manis
▶1 sudu teh jintan putih
▶2 sudu makan serbuk kari
▶50 ml minyak

Cara Menyediakannya

✔Basuh daun bayam dan ketepikan.

✔Dalam sebuah bekas, satukan tepung beras, bawang putih, udang kering, jintan manis, jintan putih, serbuk kari dan minyak.

✔Adun hingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.

✔Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali.

✔Celup daun bayam ke dalam adunan tepung dan terus goreng di dalam minyak panas.

✔Setelah garing, angkat dan tos. Ulang proses hingga semua daun bayam disaluti tepung.

✔Hidangkan dan sedia dinikmati.

SELAMAT MENCUBA GAIS

1 ulasan