Majoriti masyarakat Malaysia gemar fabrik kapas. Sifatnya yang serap peluh dan selesa sesuai dengan cuaca di Asia adalah sebab utama kenapa fabrik ini laku. Kain ini asalnya daripada serat kapas. Kebanyakannya, ia dijadikan bahan untuk membuat kemeja, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.
Ciri – ciri kain kapas:
⦁-Nyaman dan ringan
⦁-Kain terasa sejuk dan sifatnya juga berbentuk
-Kotoran dari makanan dan minyak mudah hilang jika guna sabun pencuci.
- Boleh dicuci dengan tangan mahupun dry clean.
Buat korang yang suka kain jenis ini pasti mempunyai jenis kain kapas tertentu yang korang minat kan??. Bukan satu jenis sahaja, malah ada beberapa jenis lagi fabrik yang korang perlu tahu.
1) Kapas Jepun (Japanese Cotton)
-Kain kapas ini sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Jika dilihati ianya seperti kain biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti
- Daya menyerap peluh lebih bagus.
- Harganya lebih mahal daripada kain kapas lain di pasaran.
- Permukaan kain lebih halus.
2) Kapas Paris (Paris Cotton)
- Ciri-cirinya sama seperti cotton Jepun tetapi ia lebih nipis.
- Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah dan kedua popular selepas kain kapas Jepun. .-Mudah menggerbang apabila ditiup angin.
3) Kapas sutera (Cotton Silk)
- Kapas sutera ini ada dua jenis iaitu nipis dan tebal.
-Permukaan kain lebih berkilat.
- Harga sedikit lebih mahal, namun tidak semahal
- Daya serap peluh paling rendah.
- Warna tahan lama meskipun sering dicuci.
4) Kapas minyak
-Cotton ini sama seperti yang lain cuma permukaannya seakan berminyak namun kilatannya berbeza dengan kain kapas sutera.
-Harga sama dengan cotton biasa.
- Daya serap peluh yang baik
-Kilatannya akan berkurang setelah beberapa kali cucian.
5) Kapas biasa
-⦁Motifnya boleh didapati dalam pelbagai jenis
- Harga lebih murah.
- Warnanya tahan lama
ha.. byk rupanya jenis kain kapas... yg tahu hany satu sahaja... hukhuk.. nice sharing sis
BalasPadamXpernah dgr paris cotton tu.. tq info.. sgt bguna.
BalasPadam