Memberi Bahagia...
Setiap hati yang di beri rasa gembira akan mendapat pahala.
Bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada semua makhluk yang bernyawa.
Siram pokok dapat pahala, beri haiwan minum dan makan pun dapat pahala. Malah ada yang di beri ganjaran Syurga.
Perbuatan baik dan kasih sayang itu menjemput rahmat Allah Taala.
Mungkin ramai yang anggap remeh berbuat perkara - perkara yang biasa seperti senyum, buang sampah, cuci tandas, ramah tamah dan beri salam tetapi impak nya sangat besar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik terlebih dahulu kepada diri kita.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Amal yang paling Allah suka setelah menunaikan yang fardhu adalah memberi rasa gembira kepada orang mukmin
H.R.Imam Baihaqi
Allah buka banyak kesempatan kepada kita untuk berbuat perkara baik walau pun sebesar hama.
Jangan pandang remeh akan kecilnya tetapi pandanglah rahmat Allah bersama nya.
Setiap hati yang di beri gembira akan mendapat pahala.
H.R.Imam Ibnu Syaiban, Imam Malik, Imam Abu Daud dan Imam Syaibani.
Tiadalah daya upaya melainkan Allah membantu kita semua dengan rahmat Nya.
Sumber : C&P
Tiada ulasan