Di mana ada sifat dan akhlak yang terkeji.
Maka di situlah orang yang takbur itu mendekatkan diri,
Kerana ia serasi membesarkan diri.
Dan di mana ada sifat dan budi pekerti yang terpuji.
Maka di situ orang yang takbur itu menjauhkan diri,
Kerana ia takut kesombongannya mati dan hasad dengkinya berlalu pergi.
Janganlah takbur dengan keturunan kerana dari saripati yang hina kita di jadikan. Itik tak sudu dan ayam tak makan. Maka apalah sangat yang hendak di banggakan..
Janganlah takbur dengan kecantikan, kerana bukankah situ tempat segala penyakit dan kekotoran ? Sampai masa di cabut, di potong dan di buang. Sampai bila cantik itu hendak di banggakan ?
Jangan juga takbur kerana kekuatan.
Bukankah akhirnya tulang dan kulit sahaja yang melekat di badan ?
Tidak boleh juga takbur dengan ilmu pengetahuan kerana itulah penyakit yang sangat menakutkan . Buah dan inti sebenar dari ilmu pengetahuan adalah adab dan sopan bukan ilmu yang hendak di bangga - banggakan
Akhirnya jangan sesekali takbur dengan amalan. Bukankah tidak masuk Syurga orang yang ada takbur walau sekuman....?
sumber:krditutkPnSharipah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
moga dijauhkan. salam kenal sis
BalasPadam