09 Oktober 2017

Keburukan Workout Secara Berlebihan

Kenapa kita tak boleh buat workout brlebihan. Contohnya macam cardio..?


Workout berlebihan buat body stress. Lebih tinggi stress, lebih tinggi cortisol. Cardio fokus bakar energy dan tak bina otot. Too much cardio akan menyebabkan otot turut dibakar sebagai tenaga. Faktor bina otot takde, malah makin susut otot. Berat yang mungkin turun itu juga termasuk kehilangan berat otot. Kita nak counter lemak, dalam masa sama kekal dan naikkan otot supaya body shape lebih cantik, tubuh makin kuat firm. Kita nak fat loss, bukan semata-mata weight loss.

Seeloknya ada cardio, ada weight/bodyweight training. Workout berlebihan juga meningkatkan risiko kecederaan. Bila cedera, "cuti" lagi lama.. fitness pun hilang, berat pun boleh naik balik cepat sebab kita makin kurang guna energy. Sederhana je..


Take Note : Yang lebih utama, jaga pemakanan. Boleh anggap 70% diet (pemakanan), 30% workout. Jaga makan + workout = sangat mudah kawal berat, lebih fit, lebih sihat, lebih kuat dan firm. Jaga makan tak workout = boleh kawal, boleh turun berat tapi slow dan tak dapat fitness, tak firm. Workout tapi tak jaga makan = hampir mustahil (sangat susah) kawal berat.

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

2 ulasan: