Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kenapa Wanita Tak Layan Lelaki

Pernah tak korang nak tackle perempuan ni tapi dia tak layan. Dia tak pandang langsung korang. Reaksi korang tentulah, "Eh sombong, bukan lawa mana pun."

Tak semestinya perempuan tu reject korang, dia tu sombong, tapi ada sebab lain kenapa perempuan tak layan korang. Contohnya...

1. Kurang keyakinan diri 
Bukan korang, tapi si gadis tu sendiri. Dia mungkin insecure sebab rasa diri tak cantik atau tak menarik. Jadi bila lelaki cuba nak usha, dia rasa korang hanya menyakat je dan tak serius pun nak kat dia.

2. Ayat mengalahkan Mat Romeo 
Nak ayat seseorang kau suka memang tak salah tapi dia jadi salah bila kau ayat melebih-lebih bro. Pada pemikiran si gadis mungkin korang ni scaryyy. Contoh ayat yang over: "hai awak..awak comel sangat..awak buat saya termimpi-mimpi..nak wassap awak please3..saya single dan saya teringin sangat nak kapel ngan awak.." Selamat jalan la kalau macam ni.

3. Pengalaman lalu 
Ini normal la. Korang pun kalau dah lepas break dengan seseorang, mesti susah nak terima orang baru. Betul tak? Same goes to the ladies. Perempuan ni pun ambil masa lama untuk move on.

4. Tak cukup syarat 
Memilih! Korang mungkin tak menepati kriteria jejaka idaman si gadis. Mungkin korang terlalu hensem walhal si gadis hanya nak lelaki sederhana je. Yela perempuan ni takut kalau teman lelaki terlalu hensem, akan jadi rebutan awek-awek cun di luar sana. Atau pun kau ni hitam manis padahal si gadis nak yang qu puteh qu puteh. Contoh...

5. Setia 
Si gadis tak pandang korang sebab dia setia pada yang satu. Dia dah berpunya! Alahai melepas la korang.

Sumber : Baba.net

Take note : Kekadang aku nak salahkan sesetengah lelaki!! sebab terburu buru nak kan perempuan tu, padahal baru ja kenal sejam lepas, dh ajak couple. Wahai prempuan jadilah seperti baju yang mahal dan jangan jadi baju yg murah!! Kenapa?? kerana baju yang murah ramai pembelinya.....

3 ulasan

  1. Setuju sangat dengan perkongsian ini..

    BalasPadam
  2. Sya suka perempuan yg sederhana sya pun lelaki sederhana kawan dah lama dia tau sya suka Kat dia tapi akhirnya dia jauh kan diri Dari saya Dan membenci sya x buat salah pun x kn sebab faktor umur yg sya lebih tua Dari dia

    BalasPadam