Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Khasiat Daun Ketum Disalahguna

Khasiat daun ketum disalahguna
Daun ketum, kratum(thailand) @ daun biak (kedah) mengandungi mitraginin yang tersenarai dalam Third Schedule of Poisons (Psychotropic Substance) Regulations 1989, Poison Ordinance 1952. Ia diguna meluas di Malaysia dan Thailand. Pokok ketum diisytihar bahan terlarang sejak tahun 2003.

Kebaikan

# melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat, lenguh sendi dan lelah
#penawar diabetis-boleh menurunkan kadar gula dalam darah dlm ms yg singkat
#memberi tenaga selepas bersalin dan kekuatan melakukan kerja berat, ia dimakan segar seperti daun sirih.
#penawar kpd ketagihan dadah ttp jika berlebihan akan menyebabkan kesan ketagihan pd daun ketum pula
# daun ketum yg dikeringkan dan direbus digunakan utk mengembalikan tenaga batin
#rebusan daun kering+akar pula untuk melegakan darah tinggi dan diabetis.

Daun yang disalahguna dijual setelah dicampur bahan cemar lain termasuk tembakau, alkohol, kafein, pili khayal, ubat nyamuk, ubat demam/tahan sakit (seperti Tramadol/Panadol) dan ubat batuk. Ia dipercayai turut kurangkan rasa mengantuk selain berasa mood keseluruhan menjadi lebih 'sihat'.

Ketika ini, pelbagai jenis ubat dan herba tradisional disalah guna, ditambah perasa malah dicampur bahan terlarang. Ini membahayakan pengguna dan menyukarkan masyarakat membuat pilihan terbaik untuk kesihatandan akhirnya menjejaskan kualiti hidup sosial masyarakat.

Pengguna kronik kurang selera makan, cirit-birit, hidung dan mata berair, cepat marah, demam, sukar tidur, kurang subur (masalah ejakulasi pramatang dan libido seksual) serta ilusi fikiran. Mangsa juga mungkin bertukar ke bahan lebih berkesan untuk hilangkan ketagihan seperti morfin atau heroin.

Pengguna sukar disaring

Pengguna daun ketum juga sukar disaring secara biasa melalui urin menyukarkan untuk mengesan pengguna kasual dan tahap penagihan. Kesan terhadap pengguna, secara umum ialah kurang tumpuan kerja, risiko lalai ketika bertugas, khayal dan ponteng kerja.

Di Thailand, walaupun pada awalnya pemusnahan tumbuhan ini dilaksanakan secara besar-besaran, ada juga segelintir pendapat menyuarakan ia mengakibatkan kerugian besar kepada negara yang mempunyai potensi fauna dan fauna yang luas.

Penggunaan daun ketum ini harus dipantau seperti juga nikotin dalam rokok atau ubat berbahaya lain. Penggunaan oleh pegawai perubatan atau farmasi di Malaysia masih tidak jelas kerana penggunaan komersial hampir tidak ada dan tiada kegunaan sebagai ubat moden.

Jika kajian dan ujian klinikal lebih mantap terhadap daun ketum sebagai potensi ubat farmaseutikal berdaftar, maka penggunaannya akan jadi lebih selamat kerana keperluan penghasilan dan pemantauan lebih ketat.

Penggunaan bebas oleh penanam, menjual tanpa pemantauan dan dijual secara 'gelap', di kampung luar bandar, mahupun di pekan, adalah berbahaya kepada pengguna daun ini yang tidak sedar kesan minum air ketum. Kesan buruk tingkat keganasan

Kesannya lebih buruk jika salah guna itu berlaku dalam kalangan pelajar, warga emas dan penjenayah. Ia berupaya meningkatkan keganasan dan keparahan halusinasi hingga membahayakan nyawa dan keluarga sendiri. Untuk pekerja yang melakukan kerja jangka masa lama dan membosankan, seperti pemandu bas atau lori jarak jauh, penggunaan daun/air ketum ini boleh bawa padah akibat hilang pertimbangan ketika memandu dan bersifat kurang rasional.

Cara menangani masalah ini perlukan kawalan pengeluaran (serta kawalan jualan ketat) melalui undang-undang. Cara saringan mudah dengan mengesan melalui rambut atau air kencing dapat bantu mengenal pengguna terutama remaja dan pekerja lapangan.

Ramai anak muda menggunakan daun/air ketum ini untuk memberi rangsangan atau 'menghilangkan masalah' kerana kesan euforia daun ketum. Klinik metadon dan bupre- norphine terdapat di negara kita.

Malangnya, klinik sedemikian memerlukan khidmat pakar farmasi, psikiatri, kesihatan keluarga dan penjawat sedemikian tidak tersedia dengan banyak. Rawatan untuk mereka yang jadi penagih tegar dan mengalami kesan penarikan teruk, rawatan detoksifikasi memerlukan pesakit dirawat di hospital. Keluarga perlu membawa 'pesakit' untuk rawatan bagi memastikan pesakit tidak mencederakan diri dan orang lain.

Tetapi, penanaman, penggunaan terkawal (seperti nikotin) dan berlandaskan peruntukan undang-undang, boleh diterokai. Gaya hidup sihat dan pemantapan kekuatan diri sendiri amat perlu dalam menghadapi cabaran masa kini. Jika tidak, setiap kesukaran mulai zaman kanak-kanak dan remaja kelak, akan menjebakkan mangsa lebih dekat ke arah penagihan daun ketum mahupun bahan terlarang lain.

Oleh Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Penulis ialah Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Pejabat Timbalan Dekan, Pakar Kesihatan Masyarakat/Ekonomi Kesihatan, Fakulti Perubatan, PPUKM


Take Note : Daun ketum ni bagus untuk kesihatan tetapi terlalu ramai orang yang menyalahgunakan daun ketum ni. Hurmmmm.. lain yang disuruh lain pulak yang dibuat. Maka lainlah kesannya pada kesihatan. 

4 ulasan

  1. Apa2 yang bermanfaat, kalau disalahguna akan mendatangkan mudharat.

    BalasPadam
  2. Dadah pun sama

    Dadah untuk perubatan.

    Yang peliknya telah disalahgunakan.

    Sama juga dengan daun ketum

    BalasPadam
  3. Biasalah tu, bende yg byk manfaatnye ada jerk yg salah guna..

    BalasPadam
  4. betul sangat. rugi betul bila disalahgunakan.

    BalasPadam