Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Aku Anggap Kau Kawan tapi Kau Khianati Aku

Aku ada seorang kawan. Kawan ke? Entah, mungkin boleh dikategorikan sebagai kawan, mungkin tidak. Tahlah.. Cerita dia macam ni. Sebelum ni aku memang kenal dia. Tapi takde lah rapat sangat. Setakat bila terserempak, aku senyumlah kat dia. Kang satgi kalau tak senyum dicop sombong berlagak plak. Respon dia? Okay je kowt. Aku malas nak ambil port. Yang penting aku memaniskan muka.

Nak dijadikan cerita, kebetulan sekarang ni dia berdekatan aku. hari hari terpaksa hadap muka dia. Mula-mula aku boleh terima sebab bagi aku tak salah kalau kami cuba jadi kawan. Okay, aku cuba dan kami berkawan. Berkawan.. tapi takdelah rapat sangat. Setakat krikk.. krikkk.. bercakap bila perlu je. Tapi bagi aku itu normal. Mungkin sebab masing masing perlukan masa untuk cuba masuk kepala dan rapat. Mungkin ngam kot selepas ni. 

Tapi tetiba aku dengar satu cerita yang tak sedap didengari. Fuhhh panas jugak hati aku. Khabar yang menyakitkan aku. Serius aku terasa. Kalau betul dia tak puas hati, kenapa tak terus terang dengan aku eh? Kenapa dia tak cakap depan depan? Kenapa perlu bercerita dengan orang lain? Kenapa perlu bawak mulut? Serius aku terasa gila. 

Kalau dulu mungkin aku boleh cuba hidupkan suasana. Menyapa, bertanya, untuk gamatkan keadaan. Tapi sekarang rasanya semua tu dah tak perlu kowt. Aku dah tawar hati. Dah malas ambil port. Hurmmm...

Kekadang aku terfikir. Kenapa manusia suka sangat munghukum manusia lain. Kenapa manusia suka sangat menjadi hakim. Kenapa manusia suka sangat mencari musuh. Kenapa manusia suka sangat menyakitkan hati manusia lain. Aku yang manusia dapat diatas kesengsaraan dan kesakitan manusia lain??

Bagi aku hidup ini mudah. Buat apa yang kita suka selagi mana apa yang kita buat itu tidak salah dan tidak menyusahkan orang lain. Manusia takkan puas hati kalau melihat manusia lain bergembira, bahagia. Jadi pedulikan pandangan orang lain. Yang penting kita hati apa yang perlu kita lakukan. Hidup ini, kalau kita terlalu memikirkan orang lain, kita takkan maju. 


3 ulasan

  1. People nowdays depan kita cakap manis belaka , belakang kita mengumpat tak sangga .

    BalasPadam
  2. abaikan kan jer orang yang pura2 nak kawan kat kita tapi tak ikhlas...

    BalasPadam
  3. Hidup dengan cara kita. Kalau ikutkan manusia, takkan pernah habis sebab ada je nak mengata dll

    BalasPadam