Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Mudah Bakar 100 Kalori Dalam Sehari

10 Cara Paling Mudah Bakar 100 Kalori Dalam Sehari
Miliki bentuk tubuh ideal menjadi idaman setiap wanita. Bukan je nampak cantik, tapi bagus untuk kesihatan juga.

Tapi sebenarnya dengan berdiet je tak cukup. Kalau nak turunkan berat badan lebih cepat, kena la bersenam untuk membakar kalori.



Bersenam pun penat? Kalau rasa susah sangat nak bersenam, ada cari paling mudah untuk bakar lemak dalam masa sehari.


1. CAKAP TELEFON SAMBIL BERJALAN


Cakap telefon sambil berjalan selama 1 jam dapat membakar sekurang-kurangnya 100 kalori! Kajian mendapati, wanita bekerjaya bercakap telefon sambil berjalan mengelilingi ruang pejabat mampu membakar sejumlah kalori.



2. BERJALAN JAUH


Contohnya, jarak kafe dan pejabat anda tidaklah begitu jauh tetapi anda boleh cuba membakar lebih banyak kalori dengan mengambil jalan yang jauh.

3. TUKAR KERUSI


Tukarkan kerusi pejabat kepada bola gimnasium. Dengan menggunakan bola tersebut, bukan sahaja membakar kalori, malah memperbaiki postur, keseimbangan dan pembentukan tulang belakang.

4. MENGEMAS RUMAH


Tahukah anda bahawa dengan mengemas rumah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori dalam sehari. Jadikan amalan mengemas rumah sebagai rutin setiap hari. Ia memang berkesan!

5. MEMBASUH/MELIPAT/GOSOK BAJU


Buat ibu-ibu yang tiada masa untuk ke gimnasium, luangkan masa 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian setiap hari dan anda boleh membakar 100 kalori.

6. MENGEMAS KATIL


Lepas ini, rajin-rajinlah kemas katil. Mengemas katil, bantal, menukar sarung bantal dan tilam selama 5 minit hingga 15 minit dapat membakar 100 kalori.

7. MEMOTONG SAYURAN


Ketika memasak di dapur, cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 40 minit untuk memotong sayur. Aktiviti memotong sayur selama 40 minit dapat membakar 100 kalori.

8. BERDIRI


Berdiri selama 20 minit dapat membakar 100 kalori. Contohnya anda boleh lakukan di pejabat (berdiri semasa membuat panggilan atau bercakap dengan rakan sekerja).

9. MEMBELI-BELAH


Window shopping dan membeli belah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Tidak perlu membeli apa-apa pun sudah dapat membakar kalori.

10. MEMBAWA BAKUL SEMASA MEMBELI BARANG


Mungkin ramai yang biasa menggunakan troli ketika membeli barang dapur. Bermula hari ini, tukar pula dengan bakul. Membawa bakul selama 30 minit dapat membakar sebanyak 110 kalori.



4 ulasan

  1. wow membawa bakul pun boleh bakar kalori. nice sharing!

    BalasPadam
  2. bab gosok baju tu memang membakar kalori sbb berpeluh2 bila dah siap iron semua baju tu.hehe

    BalasPadam
  3. hari ni akak dah buang kalori banyak tapi rasanya top up semula pun banyak... hehe

    BalasPadam