Dalam seminggu dua ni aku boleh dikategorikan sebagai salah seorang pemerhati yang baik dan sabar. Cewahhh gitu, masuk bakul lambung sendiri. Tapi itu cerita dua tiga minggu lepas.
Untuk pagi ni kesabaran aku hampir tipis dan kian tips lalu semakin tipis. Tipis! Diganti pula dengan sakit hati yang memuncak. Ishhhh orang muda, idok reti nak bersabar. Ada benda tak kena, Luahkan dengan kemarahan. Ishhhh laaaa.. tak bagus sungguhlah perangai gitu.
Dua tiga minggu ni, aku perhati je ada seketul malaun drop komen pada entri-entri aku. Blogger. Mula-mula aku fikir positiflah. Okay, beliau insan mulia yang sentiasa rajin blogwalking dan tinggalkan jejak pada setiap entri aku. Tapi bila dah lama-lama aku jadi pelik plak.
Adakah itu SPAM? Kenapa dikatakan SPAM? Sebab akaun tersebut aku tak dapat nak detect. Tak tahu siapa empunya. Lepas tu dia punya komen macam pelik je. Bayangkan dalam masa sehari, berpuluh puluh komen dari dia. Fuhhhh geram pulak hati aku.
Aku ada search cara untuk hapuskan SPAM. Tapi setakat ni semua yang keluar entri berbahasa Indonesia. Aku try ikut step by step yang diajar tapi tak menjadi pun. Sedih.
Hurmmm... ada tak sesiapa yang boleh bantu aku? Mohon kongsi serba sedikit ilmu yang korang tahu. Aku nak sangat delete/ block makhluk SPAM tu. Semoga korang dapat bantu den. Wassalam.
spam ye... akak pun dah lupa camana cara nak buat,,, xleh nak bantu juga..
BalasPadamEna pon slalu dpt..byk jugak.dorg bg link. Ada juga website porno..tp hati2 jgn click.
BalasPadam