Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Ubati Eczema Tanpa Mengambil Ubat

Tadi tengah berfacebook, terjumpa satu perkongsian oleh salah seorang sahabat. Katanya sebelum ni ni dia mengalami masalah kulit sensetif yang teramat sangat. Pelbagai cara sudah dicuba untuk mengubatinya tapi semuanya hampa. Jadi dia mengambil keputusan untuk buat uji kaji sendiri.. uji kaji eh...

"Saya nak share macamana cara mengubat eczema tanpa mengambil krim nda ubat dari klinik/hospital. Eczema terjadi apabila kulit kita terlalu sensitif dengan beberapa perkara seperti alergic terhadap habuk, pemakanan, bahan pencuci, sabun dan bahan-bahan kimia yang lain.

Kulit saya sensitif kepada tenusu dan bahan bahan kimia seperti pencuci muka, pencuci pinggan dan sabun mandi, lotion serta skincare yang lain. Saya menggunakan barang barang organik tu semula jadi atau klinikal skincare.

Solution:
Saya mnggunakan vaseline. Mudah dan senang. Losyen dan moisturizer muka. Say pernah guna krim yang diberi doktor tapi kesannya semakin teruk. Kulit jadi kehitaman. Jadi, saya cari solution sendiri dibantu dengan nasihat pharmacist dan doctor.

Alhamdulillh selepas seminggu eksperimen, ezcema di tangan saya beransur pulih tanpa pakai krim dari klinik dan tanpa makan sebiji ubat dari klinik/hospital."



Take Note : Kakyong salah seorang pengguna vaseline ni. Apa yang bagus tentang vaseline? 
Vaseline membantu atasi kulit muka yang kering menggelupas, membuang sel kulit mati yang ada pada celahan kuku kaki dan tangan. Vaselne ni sangat best sebab tidak berminyak. Sebelum ni pelbagai produk untuk muka yang dipakai tapi semua hampa. Sebab bila tepek tepek bedak, nampak sangat kepingan kulit menggelupas tu. Tapi sejak pakai vaseline ni, dah tak de masalah untuk tepek tepek bedak. Hahaaa suka sangat ! Sekarang ni sudah menjadi rutin setiap pagi, sebelum ke kelas, kakyong akan sapu vaseline pada muka. Lepas tu sapu bedak Johnson Baby Powder dan siap. Okay, gerak pergi kelas dengan muka yang gembira gitu. Huhuu...



2 ulasan