Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat

“Ulser mulut ni nampak je kecik. Tapi dia punya pedih, boleh tahan juga. Apa cara menghilangkan ulser mulut ni ya?”

Menurut laman web kesihatan NHS Choices, ulser mulut adalah sesuatu yang tidak serius dan biasa berlaku disebabkan tergigit bibir, luka akibat memberus gigi, alergi, dan sebagainya.


Lazimnya ia akan hilang dalam masa 1-2 minggu. Sungguhpun tiada ubat yang dapat menyembuhkannya serta-merta, ada beberapa bahan dan cara menghilangkan ulser mulut yang boleh anda lakukan di rumah.


8 CARA MENGHILANGKAN ULSER MULUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Berikut adalah beberapa cara menghilangkan ulser mulut dengan lebih pantas. Cubalah!


1. MADU

Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.

Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.



2. GEL ALOE VERA

Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.

Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.


3. BAKING SODA

Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. Atau, anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.

Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.


4. GARAM

Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari.

Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.

5. TUAMKAN DENGAN UNCANG TEH

Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.

Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.


6. MINYAK VITAMIN E

Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.

Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.


7. KUMUR LARUTAN ANTISEPTIK

Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser.

Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.


8. SAPUKAN GEL ORAL

Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.


Credit to siraplimau.com

6 ulasan

  1. aira selalu juga baca perkongsian macam ni, tapi yang selalu buat guna garam je. hehe

    BalasPadam
  2. kebetulan.Ina ade jugak ni.Baru jd semalam..btw,tq info bermanfaat inj

    BalasPadam
  3. Selalu jugak ada ulser nie dan memamng saya kumur dengan air garam jea..tapi pedih wooo...

    BalasPadam
  4. Saya pernah guna garam tapi makin besar. Selalu kalau kena, saya letak ubat gigi. Lepas tu minum air banyak2. Kalau tak tahan, saya letak bonjela tpi bonjela ni kena letak time dia masih kecil kalau besar dah x jadi

    BalasPadam