Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Sebab Perut Buncit Dan Cara Kempiskan Perut

Ada pelbagai sebab perut buncit. Ini adalah 4 sebab daripadanya.

1. Angin
Mungkin ada faktor salah makan dan sebagainya.

Bila perut clear kasi keluar angin dan membuang di tandas, biasanya akan ok.

Tips guna minyak angin / minyak panas boleh guna jika sesuai.

Salah satu lagi, dapatkan charcoal tablet di klinik atau farmasi.


2. Toksik
Banyak sangat sisa terkumpul, maka jadilah toksik.

Yang ini, kena kasi keluar semua baru ok. Dan sila lakukan detox untuk kasi clear sistem penghadaman dan pembuangan sisa pepejal (dan tak berapa nak pepejal juga hahaha)..

Makan secara sihat, plain water yang cukup dan banyakkan serat.

Elakkan makanan tak sihat.


3. Lemak
Bila berat badan berlebihan, tentu sekali akan meningkatkan risiko perut buncit.

Atasi berat berlebihan dulu. InsyaAllah secara overall perut akan makin kempis


4. Hormon cortisol
Ada orang, takdelah bam bam sangat tapi perut lebih buncit.

Sebenarnya, buncit di perut ada pengaruh besar dari cortisol.

Cortisol ni hormon yang bantu mengawal stress.

Bangun tidur je terus hormon ni meningkat sebab tubuh, mental dan emosi mula bekerja dan wujud stress.

Cortisol yang sentiasa tinggi akan buat tubuh simpan lemak di perut (bahagian dalam) dan tingkatkan gula ke otak.

Gula yang tinggi buatkan kita nak makan lagi banyak supaya body boleh dapat lebih banyak tenaga untuk disimpan (terutama di perut).

Lemak di perut akan trigger lagi hormon cortisol dan cycle lemak + gula akan berterusan.


Jadi, kawal dengan cara :

1. Elakkan stress berlebihan.
2. Tidur awal / rehat yang cukup.
3. Elakkan berlapar (ikut pattern makan 5x sehari).
4. Elakkan workout (terutama cardio) berlebihan.
5. Lakukan weight training / bodyweight training.

Berlapar buatkan tubuh lancarkan mekanisme untuk survive (slow down metabolisma dan makin simpan lemak).

Dahlah lapar, jadi nanti makan sikit naik cepat. Bukan makin turun.

Kawan makan 5x sehari, makan nasi rilek je turun berat. Yang tak makan pulak makin naik.

Workout berlebihan buat tubuh guna mekanisma nak survive (try to store more fat) dan tak sempat nak healing. More stress to our body.

So, tubuh kita bertindak berlawanan dengan usaha turun berat. Tak seiring..

Nak mudah, ikut cara yang betul.

*Makan 5x sehari.
*Pilih makanan sihat.
*Ambil carbs waktu lunch (segenggam nasi / brown rice cukup dah).
*Ikut portion yang betul (per individu).
*Workout secara betul dan bersesuaian.

Credit : kurus dari rumah

3 ulasan