20 Oktober 2017

Perkara Setiap Bakal Suami Perlu Tahu Tentang Wanita

#1: Rambut
......Apabila anda berkahwin kelak, anda akan jumpa banyak rambut di lantai, tandas dan merata-rata lagi, walaupun lantai baru disapu. Lebih-lebih lagi jika isteri anda berambut panjang. And nope isteri anda bukannya mengalami masalah keguguran rambut. Jadi jangan panik.


#2: Seluar Tidur Pasar Malam dan Baju Kelawar
......Imej wanita yang berbaju tidur mengiurkan dan sensasi dalam filem-filem agak tidak realistik. Wanita lebih sukakan sesuatu yang selesa dan memudahkan pergerakkan untuk tidur. Jika anda punya harapan dan jangkaan yang 'sensasi' juga. Turunkan sedikit jangkaan 'sensasi' anda. Seluar Tidur Pasar Malam/Baju Kelawar -1, Baju tidur seksi - 0.


#3: Bangun tidur
........Wanita tidaklah mengenakan make up sepanjang masa. Anda pun tahu bukan? Terutamanya apabila bangun tidur, mereka tidak akan terus kelihatan bombastik dan fantastik seperti biasa. Tapi ini tidaklah menafikan yang mereka tidak akan kelihatan cantik. Pastinya ratu hati anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda. Tidak kisah bagaimana isteri anda kelihatan ketika bangun tidur, jangan lupa untuk berinya 'morning kisses' sebelum anda bersiap. That would easily be one of her favourite things in the morning!


#4: Masak
........Tidak semua wanita handal memasak. Mungkin yang asas ramai yang tahu. Namun, untuk betul-betul mahir, jika tiada bakat, proses menjadi handal itu akan memakan masa. Bagi bahagian ini, anda perlu bersabar dan berusaha menjadi 'orang eksperimen' isteri anda.


#5: Wanita tidak PMS hari-hari
........Seperti dinyatakan di atas, wanita tidak PMS hari-hari. Malah, ada setengah wanita tidak terkesan dengan PMS pun. Jadi, apabila pasangan anda agak 'moody' atau marah-marah, jangan dengan mudah buat kesimpulan yang pasangan anda sedang PMS. Mesti ada perkara lain yang mengganggu fikirannya. Tanya elok-elok dan berbincang jika perlu - (perkara yang anda tidak akan buat jika anda rasa pasangan anda sedang PMS)


#6: Bantal busuk
........Ada setengah wanita masih menyimpan bantal busuknya. Ada juga yang menyimpan plushie/selimut etc. Berkenalanlah dengan aset pasangan anda ini yang telah bertahun disimpannya. Besar kemungkinan, anda akan tidur dengan bantal/plushie/selimut busuk pasangan ini juga.


#7: Banyak produk untuk setiap anggota badan
......Wanita ada banyak produk untuk semua anggota badan.Rambut - Syampu, konditioner rambut, 'mask' rambut, 'leave-on' kontioner dan lain lain. Kulit muka - Pencuci muka, scrub, toner, moisturiser, cream dan lain-lain.
Apa yang dinyatakan di sini hanyalah yang paling asas. Jangan merungut jika bilik mandi dan meja solek anda didominasi isteri anda. Ini adalah pengorbanan seorang suami.


#8: "Siapa lagi gemuk, saya ke dia?"
.....*sambil menunjuk ke arah wanita yang tidak dikenali*

Adoi. Soalan ini lagi. Kalau tidak pasal gemuk, pasal siapa lagi cantik.
Wanita memang suka banding-membanding antara satu sama lain.


Take Note : Syukur sangat bila jumpa seseorang yang boleh sabar melayan karenah dan menerima siapa kita sebenarnya...
Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

7 ulasan:

  1. Nanti kalau nak kahwin. Kena tnjuk kat bakal suami entri ni. Hehe

    BalasPadam
  2. nasiblah, sa bukan kategori #8. ade errk jenis begitu..

    BalasPadam
  3. ha... soklan gemuk tu sensitif... keke

    BalasPadam
  4. No 7.. husband ai sampai sekarang tak faham kenapa ai ada banyak sangat produk sampai dia pun terikut dah..

    BalasPadam
  5. hahaa..setuju ! hrp jumpa ngn laki yg bleh time seadanya.lebih kurng je sifat pompuan2 nie.

    BalasPadam