Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Persepsi Yang Mengukuhkan Keyakinan Wanita


Menurut Abdul Halim Abu Syuqqah dalam bukunya..
''Kebebasan Wanita pd Zaman Risalah'' ada 6 faktor pada perkembangan keperibadian Wanita.

1~WANITA TERMASUK ANAK ADAM YANG DIMULIAKAN ALLAH

'' Dan sesungguhnya KAMI telah muliakan anak2 ADAM '' ( Surah Al-Israk : 70 )

2~WANITA ADALAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG SAMA DENGAN LELAKI DALAM PERBUATANNYA..

'' Barang siapa yang mengerjakan Amal Soleh baik Lelaki mahupun Perempuan dalam keadaan Beriman,..Maka sesungguhnya KAMI akan memberikan kepadanya Kehidupan yang Baik...'' ( Surah An-Nahl : 97 )

'' Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri ,.potonglah tangan kedua2nya...'' ( Surah Al-Maidah :38 )

'' Perempuan yang berZina dan Lelaki yang berZina maka sebatlah kedua2 dengan 100 kali sebat..'' ( Surah An-Nur : 2 )

3~ WANITA ADALAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI KEPERIBADIAN TERSENDIRI,..BEBAS MEMILIH DAN BEBAS MENENTUKAN TEMAN HIDUPNYA.

'' Seorang Janda tidak boleh dinikahkan sebelum diminta izinnya dan seorang Gadis tidak boleh dinikahkan sebelom diminta izinnya..'' ( DiRekodkan Oleh Bukhari Muslim )

4~WANITA ADALAH SEORANG MANUSIA YANG SEMPURNA,.DAN PENDAMPING KAUM LELAKI DALAM KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA. KAUM WANITA BUKANLAH SEKADAR PENGIKUT KAUM LELAKI SEHINGGA TIDAK BOLEH MEMILIKI KEMAHUAN SENDIRI.

'' Mereka adalah pakaian bagi mu dan kamu adalah pakaian bagi mereka..'' ( Surah Al-Baqarah : 187 ).

'' Wanita yang Solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri,..ketika suaminya tidak ada,..Oleh kerana Allah telah memelihara mereka..'' ( An-Nisaak : 34 )


5~WANITA ADALAH MANUSIA YANG CERDAS DAN MAHU MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN SOSIAL DAN POLITIK YANG BAIK SERTA BERMANAFAAT.

'' Dan orang beriman,..lelaki dan perempuan,..sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain..Mereka menyuruh mengerjakan yang Makruf,..mencegah daripada yang mungkar,..mendirikan Sembahyang,..menunaikan Zakat,..dan mereka taat kepada ALLAH dan RASUL-NYA..Mereka itu diberi Rahmat oleh ALLAH,..sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha BijakSana..'' ( Surah At-Taubah : 71 )

6~WANITA ADALAH PERIBADI YANG NORMAL,..YANG MEMPUNYAI KEKURANGAN DAN KELEMAHAN DI SAMPING KEKUATAN DAN KEISTIMEWAAN TERTENTU SEBAGAIMANA LELAKI..

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.. 

Credit : Sahabat maya

Tiada ulasan