Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Ketagih Curang Secara Online

Menurut kajian psikologi yang dilakukan oleh The Open University, internet telah menjadikan hubungan ibarat makanan segera. Ianya lebih kepada nakal, murah dan seronok dilakukan tanpa harus berfikir tentang kepentingan sosial masing-masing. Macam touch and go tu.

Salah seorang subjek yang dirahsiakan menulis dalam survey yang dilakukan secara online itu:


"Aku cuba berhenti tetapi kami tidak dapat melakukannya, ianya akan terjadi lagi dan oleh kerana ianya mudah dengan teknologi yang kita ada sekarang perkara itu sangat selesa dan perkara paling seksi untuk didapati. Dengan waktu kerja yang panjang hubungan secara online ini seperti makanan segera, bila kita nak dia ada, nakal, murah dan seronok dilakukan tanpa berfikir kepentingan sosial".

Antara faktor yang menggalakkan lagi curang secara online ini juga adalah kerana penggunaan persona.

Seorang wanita yang berkongsi tentang suaminya yang berbeza ketika online:

"Aku tidak percaya dengan internet, ianya menggalakkan kecurangan. Bekas suamiku asalnya lelaki yang sangat pemalu, tetapi di dunia online dia kelihatan yakin dan menarik perhatian perempuan lain. Aku percaya dia tidak akan ada hubungan yang lain tanpa internet".

Menurut keterangan Dr Vossler, kajian mereka menunjukkan lelaki dan wanita melihat kecurangan secara online adalah berbeza, bukan sahaja dari segi jantina malah dari segi pengalaman. Mungkin ada pasangan yang melihat kecurang internet ini perkara biasa namun begitu juga sebaliknya.

Sumber: SINI


Take Note : Mungkin inilah punca berlaku perceraian rumah tangga masa kini. Daripada rakan-rakan online, chat-chat online terus kepada 'gatal-gatal' online.. Jadi rosak institusi rumah tangga. Kepada semua, berhati-hati dan gunakanlah internet secara berhemah dan bukan ikut nafsu semata. 

Tiada ulasan