Cara Berkesan Melembutkan Tumit Kaki Pecah, Gatal Dan Merekah
“Stresnya tengok tumit kaki pecah ni. Ada masanya gatal-gatal dan boleh luka pula. Rasa tak selesa dan malu nak pakai selipar.”Menurut sebuah survey yang dijalankan oleh laman kesihatan HealthLine, masalah tumit kaki pecah, kering, atau mengelupas ini adalah masalah yang dihadapi oleh hampir 20% manusia. Namun, ia cenderung dialami oleh golongan wanita.
Umumnya, masalah ini berpunca daripada kekurangan lembapan pada bahagian tumit kaki. Menurut pakar, ada banyak sebab yang boleh menjadi punca tumit kaki merekah dan kering.
Antaranya termasuklah :
- kurang minum air
- kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
- merendam kaki dalam air panas terlalu kerap
- penggunaan sabun yang tidak sesuai
- masalah kencing manis / diabetes
- obesiti
Berikut adalah beberapa cara merawat dan mengatasi tumit kaki pecah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.
9 CARA MELEMBUTKAN TUMIT KAKI PECAH, GATAL DAN MEREKAH
1. LOSYEN / PELEMBAPAntara cara paling berkesan yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah adalah menyapukan losyen atau pelembap.
Sebaiknya, pilih losyen yang bersumber dariapda bahan organik, tidak terlalu wangi / kuat bahan kimianya. Selain losyen, boleh juga menggunakan pelembap seperti Vaseline.
2. MINYAK
Selain losyen dan pelembap, anda boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak almond.
Penggunaan minyak ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan sekaligus membantu meningkatkan kelembaban serta merawat rekahan.
3. LEMON & GARAM
Lemon adalah salah satu bahan yang sangat popular sebagai home remedy. Selain memiliki khasiat yang pelbagai, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.
Caranya, rendam kaki anda di dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan baking soda.
4. BELIMBING BULUH
Belimbing buluh adalah antara bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, jerawat, kegatalan, dan bengkak. Kandungan vitaminnya dipercayai boleh membantu merawat kulit kaki yang kering dan merekah.
Caranya, ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.
5. TEPUNG BERAS & MADU
Madu memiliki banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembab pada tumit kaki. Sementara itu, tekstur kasar daripada tepung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering.
Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes dan scrubkan pada tumit anda dengan kerap. Boleh juga dijadikan air rendaman.
6. ASAM KEPING / ASAM JAWA
Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.
Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.
7. BAWANG MERAH / BAWANG PUTIH
Bawang putih dan bawang merah mengandungi komponen antibakteria yang juga boleh membantu memperbaiki sel kulit.
Potong bawang merah / bawang putih yang kepada 2 bahagian. Sapukan tumit kaki anda yang pecah sehingga jusnya kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya.
8. GOSOK DENGAN BATU APUNG (PUMICE STONE)
Rendam kaki anda pada air suam yang sudah dicampur dengan cuka selama beberapa minit. Seperti garam, sedikit cuka berkesan menghilangkan bau serta mencegah jangkitan.
Kemudian, gosok dengan batu apung agar kulit mati tertanggal dengan lembut. Pumice stone atau batu apung ini merupakan batu yang terbentuk hasil daripada lava gunung berapi yang mengeras. Sejak sekian lama, khasiatnya telah diamalkan sebagai alat pembersih tubuh. Kini ia boleh didapati dengan mudah di farmasi.
9. GETAH BETIK MUDA
Petua tumit kaki pecah yang seterusnya adalah menggunakan getah betik muda. Caranya, gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
Amalkan rutin ini setiap minggu untuk mendapatkan tumit yang lebih halus dan licin.
Credit : siraplimau.com
Tips yang bagus untuk merawat bagian kaki agar sehat dan mulus..terimajasi infonya..
BalasPadamGood tips. CCL selalu apply lósyen, tk pun vaseline kt tumit kaki
BalasPadam