27 Oktober 2017

Kawalan Motor Star Delta


Kali ni diberi tugasan untuk siapkan litar kawalan motor star delta. Mula mula dapat tugasan ni rasa blur lah jugak. Eh macam mana nak buat ni? Apa yang perlu dibuat dulu? Bla.. blaa.. blaaa.. blaaaa...

Bagi aku motor control ni mudah bila kita faham konsep dan litarnya. Tapi aku tak berapa faham sangat. Heheee.. matilanakkk exam dah dekat.

Motor control.. aku boleh baca litar pada drawing, aku boleh buat wiring pada panel tapi aku gagal buat drawing tanpa sebarang bantuan. Contohnya, kalau lecture bagi tugasan 'Lukis litar motor kontrol star delta. Dalam tu pastikan ada limit switch, guna selector switch dan blaa.. blaa.. blaaa'. Aku gagal! Gagal buatkan litar tersebut. Sedih!

Untuk kali ni, litar telah lecture sediakan. Tugas kami lukis kembali litar tu diatas kertas A4. Dah siap, tunjukkan hasil kerja tersebut oada lecture untuk disemak dan dicop. Setelah itu bolehlah mulakan kerja kerja wiring pada papan penal.

Untuk kali ni, kami menggunakan cable recycel. Cabel kitar semula. Ada cable yang panjang dan ada juga yang pendek. Jenis aku, kekemasan jatuh ke tempat paling bawah sekali. Yang penting wiring siap dan hidup. Hehee.. litar tu hidup bila ditest, itu yang paling penting. Sangat penting. Terpenting sekali.

Untuk drawing dan wiring kali ni aku mengambil masa sekurang kurangnya 2 hari. Alamakkk lamanya?? Eh, sebenarnya takde lah lama sangat. Buat kerja sambil santai santai. Hahaa buat sekejap pastu rehat punyalah lama. Sambung buat semula sekejap pastu kembali rehat dalam masa yang agak lama. Kihkihkihhh.. buat kerja sambil main main weh ! Tak sedar exam dengan Suruhanjaya Tenaga dah dekat !

Siap wiring. Tiba masa untuk pengujian. Pengujian menggunakan motor delta. Perasaan waktu nak test projek? Fuhh jangan ditanya. Cuak, takut, nervous itu memang ada. Aku orang pertama melakukan pengujian ini. Heheee cuak jugakk bila kita buat sambungan sambil diperhatikan oleh rakan sekelas dan lecture.

Alhamdulillah. Berjaya.

Previous Post
Next Post

post written by:

Kurus dengan mudah dan sihat. 

Agent Sah Medina Desire. 

1 ulasan: