Nor Ain Rusli
Nor Ain Rusli

Kisah Seorang Budak Lelaki Dan Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki gemar bermain disekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu menyukai budak tersebut.

Masa berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan menjadi remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu pada suatu hari dia datang pada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-main di sekitar ku", ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau", jawab remaja itu. 

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang membelinya", tambah remaja itu dengan wajah yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata“Kalau begitu petiklah epal dariku, jualkan untuk mendapatkan wang. Dengan itu dapat membeli permainan kau”.

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik buah epal dipokok epal itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Suatu hari, budak itu remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

“Marilah bermain disekitar ku”. Ajak pokok epal itu.

"Aku tidak ada masa untuk bermain-main. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku inginkan rumah sebagai perlindungan keluargaku. Bolehkah menolong ku?", tanya budak itu. 

"Maafkan aku, aku tidak mempunyai rumah tetapi kau boleh memotong dahanku yang besar dan kau bolehlah buat rumah daripadanya”. Pokok epal itu memberi cadangan.

Lalu budak itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak lelaki itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya budak lelaki yang selalu bermain dibawah pokok itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain disekitar ku", ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, aku bukan lagi budak yang suka bermain disekitarmu, aku sudah dewasa dan aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau membantu aku?". Tanya lelaki itu. 

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau tetapi kau boleh memotong aku untuk dijadikan bot", cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa sangat gembira dan segera memotong pokok epal itu.

Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun suatu hari seorang lelaki yang telah dimamah usia datang menuju kearah pokok tersebut. Dia ialah budak lelaki yang selalu bermain disekitar pokok itu.

"Maafkan aku, aku tidak mempunyai apa-apa lagi yang nak diberikan kepada kamu. Aku sudah memberikan buahku untuk dijual, dahanku untuk kau membuat rumah dan batangku untuk kau membuat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati", kata pokok itu dengan nada yang sedih.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi dan aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku berasa penat dan ingin berehat", jawab lelaki itu.

"Jika begitu, berehatlah di perdu ku", cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu berehat diperdu pokok epal itu. Mereka menangis kegembiraan. 

Nilai Baik
Lelaki itu sentiasa berusaha untuk mencapai cita-citanya dan dia juga mempunyai cita-cita yang besar. Pada mulanya dia amat menyanyangi tempat yang dia selalu bermain itu.

Nilai Buruk
Lelaki itu tidak menghargai jasa dan bantuan orang lain. Selain itu dia juga tidak mensyukuri nikmat yang diberi.

Sumbe : KisahTauladan


Take Note : Cerita ini ditulis untuk mengajak muda mudi masa kini untuk berfikir pengajaran cerita ini. Sebenarnya, pokok epal itu ialah kedua ibu bapa kita. Bila kita masih muda kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja kita perlukan bantuannya untuk terus hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan, apabila dalam kesusahan. Namun begitu mereka tetap menolong dan melakukan apa saja asalkan kita gembira dan bahagia dalam kehidupan. Anda mungkin terfikir budak lelaki itu kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itulah hakikatnya. Kebanyakkannya anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya menghargainya semasa menyambut hari ibu atau hari bapa setiap tahun.

1 ulasan